December 2, 2009

Bad News!

Hari... hari... sedih!!! Erm...... akan kekal kat Johor ni utk jangka masa y lebih lama lagi :-(

Curious?? ♥ Read More... ♥

December 1, 2009

HATE.. HATE.. HATE!!!

HARI Y SGT TERUK! BERLALU LAH SEGERA! DAN ESOK.. JGN HADIR.. TAK NAK SEMUA NI!!!

Curious?? ♥ Read More... ♥

November 30, 2009

Kaki ku.. Letih

Adoi....... letih......... Balik rumah utk raya haji hari tu.. balik hari rabu.. Mak dari awal suruh balik cepat.. Ingat nk balik Selasa.. tp tak jadi.. sbb ade byk hal perlu diuruskan.. plak tu sakit pale tak ok2.. then.. akhirnya smp ar kat umah ari rabu tu.. selepas melalui kesesakan lalu lintas n so on.. nnt sy nk letak pic lori terbalik.. huhu..

Sepanjang cuti raya haji kali ni.. duduk rumah je.. tak kuar.. erm.. mcm balas dendam dgn kebusyan seblum2 ni je.. hehehehehe..... then... Tadi, kuar dgn mak jap.. bfore balik.. Bertolak dlm pkl 12 lebih.. smp sini dlm 3 lebih ptg.. balik umah jap.. ambik laptop.. then g makmal balik.. huish... dari awal pagi tak makan lagi.. so mmg lapar sgt.. tp ade kerja plak.. Dr. Sharifah minta tlg sy.. dia suruh sy bantu Ayu buat slide present utk esok.. erm.. so sy dok ar kat lab.. sy tak bg Ayu balik selagi tak siap slide.. huhu.. tegas n garang tak? haha.. smbl tu sy susun barang utk demo esok.. cume pita ukur tak de.. adoi.. kat umah kot.. ni tak cari lagi..

Dlm 9 lebih mlm baru siap slide dia.. huhu.. balik g beli makanan.. smp umah .. kemas bilik.. mandi.. n baring.... smbl baring makan.. wargh.. letih rase kaki ni.. huhu

p/s: pita ukur da jumpa.. dlm beg kat bilik.. huhu

Curious?? ♥ Read More... ♥

November 29, 2009

:-(

Kenapa? Kenapa? Kenapa?
Kenapa perlu suatu hubungan diputuskan? Diputuskan terus.. tanpa ada lagi ikatan penyambung. Kenapa? Setelah memori di bina bersama.. suka dan duka pernah di rentangi.. dan tiba2.. apabila sudah tidak sehaluan.. mengapa terus di buang dari rakan? tidak lagi bergelar 'kawan'? salahkah aku? sehingga jadi begitu? ermm...... pttkah aku melakukan sesuatu? memperbetulkan apa y berlaku.. atau aku biarkan sahaja.. kerna itu urusan mereka? ermmmmm............ tak suke :-(

Curious?? ♥ Read More... ♥

November 28, 2009

Siapa dia tu?

Sebelum sy pergi dari UTM ni.. boleh tak kalau sy katakn pada dia.. sy suke dia? huhu..

Curious?? ♥ Read More... ♥

Bengang

Hatiku terluka,
Apabila mendapat tahu..
Kejamkah kau?
Atau zalimkah aku?
Sehingga kau perlaku ku sebegitu..
Ada resah yang melanda..
Berputar-putar ku jejaki di mana silapnya..
Penutup sebuah drama..
Pengakhiran sebuah cerita..
Maaf ku tidak bisa menerima..
Perbuatanmu tidak akan ku terima..
Walaupun ku tahu,
Ku pernah menoreh keris di dada..
Menikam lembing di hati..
Buat air mata mu sering basah di pipi..
Tapi..........
Ah.. ku akan lupakan mu..
Janji mu dahulu semuanya palsu!
Selamat tinggal..
Jangan pernah hadir lagi dalam hidupku..

Curious?? ♥ Read More... ♥

Saat Aku Pergi

Saat kau hilang dari hidupku,
Ada yang hilang dari diriku...
Senyumku, tawaku, riangku, ceriaku..
Telah hilang bersamamu...

Saat kau lenyap dari hidupku,
Ada yang lenyap dari diriku..
Kebahagiaan ku, Kegembiraanku..
Telah lenyap bersamamu...

Di mana kamu???
Setelah kamu di bawa oleh dia..
Menjauhi ku..
Diriku kosong dari berita tentangmu..
Diriku kosong dari gurau sendamu..
Segalanya kosong........bagiku......

Saat kau menerima dia..
Ada hati yang parah..
Ada perasaan yang bernanah..
Ada jiwa yang cedera...

Saat kau bersama dia..
Ada diri yang gelisah..
Ada rindu yang menyeksa...
Ada air di pipi yang membasah..
Kini kau telah di rampas oleh dia..
Dan kau relakan sahaja..
Tanpa berani menolak..
Atau menyatakan tidak..
Kau membiarkna sahaja..
Atau pun kau telah jatuh kasih pada dia???

Dari kejauhan ku bisa melihat sahaja..
Gelak tawa kau dan dia..
Terkilan aku melihat lakonan drama..
Drama kau dan dia di retina mata..

Saat aku pergi..
Pergi dari hidupmu..
Ada langkah yang tidak akan kembali..
Ada perasaan yang tidak bakal tumbuh lagi..
Segalanya berakhir di sini..
Semoga kita tidak dipertemukan sekali lagi...

Curious?? ♥ Read More... ♥

Kehendakmu

Erm... tiba2 sy terpatung sendiri.. apabila menyedari satu ikatan telah terputus... satu ukhwah telah tiada.. kehilangan seseorang yang pernah menjalin persahabatan, bukan suatu perkara yang mudah di terima oleh sesiapa.. Mungkin bagi mereka.. mereka tiada ertinya dalam diriku.. mereka lebih rasakan.. bahawa mereka perlu berlalu dari hidupku.. tp.. kebenaran y mereka pikirkn itu... adakah keputusan yang benar-benar terbaik???
Melangkah pergi bermakna meninggalkan yang ditinggalkan.. walau apa pun alasannya sekali.. keputusan y diambil itu, mungkin bg yang meninggalkan adalah sesuatu yang baik bg y ditinggalkn.. tetapi.. adakah y pergi tahu isi hati yang di tinggalkan sebelum dia pergi???
Adakah aku menyesal dengan apa yang terjadi? Atau aku ingin merayu mereka agar kembali?? Tidak... telah ku sematkan dalam diri.. walau apa sekali yang ku rasakan.. kecewa dan hampa dengan keputusan mereka.. tp.. itu y mereka pilih.. meninggalkan aku.. pergi jauh dari aku.. bukan kehendak aku... dan aku.. kehabisan bicara.. kehabisan kata-kata.. atau mungkin.. mmg aku begini.. aku lebih gemar memendam dalam hati.. biar sang hati ku berbicara bersama minda.. dan perasaan... mungkin itu yang menjadi pilihan.. dari meluahkan........


Jika itu kehendakmu..
Aku relakan semua itu..
Tidak akan ku halang pemergianmu..
Menamatkan sebuah hubungan kau dan aku..
Yang pernah tercipta suatu tika dulu..
Kerna aku tidak akan bisa merayu..
Jika itu kehendakmu..
Pergilah.. dan jgn pernah menyapaku..
Bila kau telah membuangku..
Jangan memungut ku kembali..
Kerna janji yang pernah bermain antara kita..
Telah kau mungkiri dengan sewenangnya..
Jadi mahu lagi apa?
Untuk aku perdebatkan...
Jika kau sendiri..
Yang memungkiri kata...
Jika itu kehendakmu..
Nescaya kata-kata mu dahulu palsu..
Bahawa kau tidak akan pernah meninggalkan ku..
Tapi kini??
Ia berlaku..
Tanpa sebarang ucapan perpisahan buatku..
Kau berlalu..
Langsung tidak meninggalkan salam kpdku..
Hina sangatkah aku??
Jika itu kehendakmu..
Segeralah lupakan aku..
Bukan membenci dirimu..
Tetapi..
Kau telah melukai aku......

Curious?? ♥ Read More... ♥

November 27, 2009

Smbgkan cerita

Saya buat cerita ini tergantung (sebenarnya ada smp akhir.. tp nk gak sambungan dari semua.. hehe)... so, sape2 yang sudi bantu saya mengakhirkan cerita ini.. silala coment ye.. hehehe


“Awak ni kenapa? Saya sms tak jawab, saya call tak angkat. Ape salah saya sampai awak buat saya macam ni?” aku sudah tidak dapat menyimpan perasaan marahku. Kenapa aku diperlaku sebegitu??? Ada kesunyian yang menjadi jawapan kepada setiap pertanyaanku.

“Awak! Saya bertanya, saya menyoal. Saya perlukan jawapan. Cakaplah sesuatu, agar saya tahu!” perlu lagikah ku menyembunyikan rasa? Merahsiakan kesakitan di jiwa! Nurul di hadapan hanya membisu. Tiada riak di wajahnya. Sukar untuk ku memahami, apa yang bisa ku buat sebagai jawapan dari sebujur wajahnya. Sepasang matanya langsung tidak memandang padaku. Hina sangatkah aku??

“Awak, kalau awak da tak suka saya, terus terang jelah...... saya terima” betapa peritnya ku menuturkan perkataan itu tetapi, ku tiada tahu apa lagi yang mampu kuperkatakan. Ku menarik bebola mataku daripada terus menatap wajah Nurul yang lumpuh dengan perasaan disebelahku.

Aku terus menumpukan perhatian kepada pemanduan. Rasa sebak mencengkam jiwa. Usia perhubungan kami yang sudah hampir mencecah 7 tahun itu kini seakan hampir kepenghujung. Hubungan yang ku harapkan berakhir ke jinjang pelamin kini bertukar sebaliknya. Aku terlalu sayangkan Nurul, terlalu cintakan Nurul. Jika boleh, aku tidak mahu lepaskan dia. Tidak mahu kehilangan dia... tetapi jika raa cinta sudah tiada di hati dia... perlukah aku halang dia dari melangkah pergi menamatkan hubungan ini??? Kini sudah genap 3 bulan kami tidak berbicara. Selama itu juga, aku sentiasa di himpit gelisah. Setiap hari ku bersujud ke hadrat Illahi, agar permudahkan hubungan kami, menyatukan kami..... tetapi..... di mana silap aku???

Kereta yang ku pandu sampai jua di hadapan rumah Nurul. Ada kesuraman membelengu. Entah mengapa ku rasakan tengahari itu terlalu mendung. Nurul membuka pintu kereta. Ku halang.

“Nurul...” Nurul terpatung, tidak memandang ke arahku. Aku mendesah kecil.

“Nurul... jika perpisahan yang Nurul inginkan... saya rela lepaskan Nurul” terketar-ketar mulutku melemparkan ayat itu. Dada ku sesak. Aku perlukan udara. Perlukan lebih udara untuk bernafas. Aku mengharapkan suatu jawapan daripada Nurul. Mengharap jawapan yang bisa memunculkan matahari di dalam dunia ku yang malap. Perlahan-lahan ku lihat Nurul membawa mukanya menghadap ke arahku. Ada genagan kelihatan di kolam mata milik dia. Matanya merah.

“Terima kasih” Nurul bingkas bangun dan terus menghempas pintu kereta. Ku lihat dia berlari dan menghilangkan diri bolos ke dalam rumah. Aku terpinga-pinga. Ucapan ‘terima kasih’ yang dihadiahkan oleh Nurul tadi menjadi tanda tanya di minda. Aku kaget, hilang punca... dan entah bila... ada juntaian manik jernih mengalir di pipi ku. Ternyata, episod perpisahan telah mewarnai hubungan aku dan dia... hubungan yang ku harapkan akan kekal selamanya.

Kini, hampir setahun aku kehilangan Nurul. Tiada khabar berita ku perolehi dari dia. Di mana dia? Aku masih lagi rindu. Aku masih lagi kasih... Ingatan ku terhadapnya masih utuh. Aku sering merasakan, dia hampir padaku.. dia masih dekat dengan ku.. Jadi, hatiku.. tidak pernah berjaya di tembusi oleh mana-mana wanita yang ingin menjadi tetapi... Nurul... Entah apa salah ku.. sehingga perkara ini berlaku... dan sehingga saat ini, aku masih lagi tidak mendapat sebarang jawapan tentang apa salah dan silapku.

Aku menoleh ke kiri dan ke kanan ingin menyeberang jalan. Aku melangkah apabila ku lihat jalan telah kosong dari kenderaan, tetapi tiba-tiba ada satu kereta wira biru memecut laju. Dari jauh ku perhatikan kereta itu. Kaki ku terpatung, tidak bisa melangkah lagi. Semakin hampir kereta itu dengan tubuhku, semakin laju jantung ku berdegup... dan dalam sekelip mata, kereta itu telah di sebelah tubuhku. Aku masih terpaku.

Kekecohan mula muncul di gegendang telinga ku. Aku tersedar. Dengan pantas aku mendekati kereta wira biru tadi. Kereta yang di parking betul-betul di hadapan klinik yang baru saja ku kunjung. Ada getaran hebat di lututku. Aku seakan tidak mampu untuk melangkah.

“Nurul?” sebaris nama yang tidak pernah hilang dari mindaku meluncur keluar dari mulutku. Jantungku tersentak dengan apa yang terpampang di hadapanku. Nurul... Nurul... dia di dalam pangkuan Encik Hilmi, ayah Nurul.

Aku menelan air liur apabila Encik Hilmi melintas di hadapanku. Beberapa orang yang ku kenal membontoti Encik Hilmi, melenyapkan diri masuk ke dalam klinik. Minda ku celaru. Aku tidak tahu apa yang perlu ku lakukan??? Wajah Nurul tadi, pucat... Badannya, kurus dan mukanya cengkung. Apa yang terjadi pada dia???

Aku tidak sedar, bila aku berada semula di dalam klinik itu. Yang pasti, wajah-wajah gelisah menanti kehadiranku. Aku menguatkan diri, merapati Encik Hilmi.

“Pak Cik...” ku sapa Encik Hilmi perlahan. Encik Hilmi seakan terkejut dengan kehadiranku di situ.

“Eh, Faizal” aku menggangguk-angguk perlahan.

“Pak Cik, kenapa dengan Nurul? Kenapa dengan Nurul?” riak wajah Encik Hilmi berubah mendengar soalan yang tiba-tiba. Aku menanti sebuah jawapan dengan penuh debaran. Encik Hilmi kemudiannya melepaskan desakan. Di bawa tangannya hinggap ke bahu kiriku. Aku di himpit gelisah.

“Pak Cik harap Faizal sabar ye...” Encik Hilmi mula menyusun kata. Ku sedar tika itu, beberapa pasang mata lain sedang merenung ke arah kami. .......... apa akan terjadi seterusnya??...........

Curious?? ♥ Read More... ♥

November 26, 2009

Sakit Kepala...

Erm...... berturut2 sakit kepala.. then.. makan panadol pun tak ok.. g urut pn tak ok... erm..... adoi

Curious?? ♥ Read More... ♥

November 25, 2009

Adoi

Baru2 ni rase malas sungguh nk taip sms.. kalau org sms.. susah sungguh rase nak tekan button reply... sis da sll marah pasal tu.. tak balas sms.. tak balas sms.. huish.. "dpt tak sms kite Doth?" ... "Dpt sis".. "abis tu kenapa tak balas?" ermm.. antara org2 y dok geram dgn sikap sy baru2 ni.. huhu.. tak tau.. mmg malas ar.. huhuhu.. adoi.. pelik2.. ermm....... dlm otak skrg ni... bercuti.. bercuti.. bercuti.. dan asyik rindukan Alia...... ermmm

Curious?? ♥ Read More... ♥

November 24, 2009

Kebenaran yang hakiki

Hari ini, Aku jumpa dia lagi..
Seperti hari-hari sebelum ini..
Wajah dia.. senyuman dia..
Sungguh memikat hati..
Aku terjatuh lagi..
Terpikat dengan ciptaan Illahi..
Sungguh!
Tak mahu rasanya ku alihkan pandangan mata ini..
Mahu merenung wajah itu..
Lagi.. lagi.. dan lagi..
Tetapi..
Aku tidak punya kekuatan untuk mengakui..
Mengakui kebenaran dalam hati..
Bahawa..
Dia tidak akan bisa ku miliki...

Curious?? ♥ Read More... ♥

Macam mane ye ni?

Curious?? ♥ Read More... ♥

November 23, 2009

Ape2 ar

Hari y sgt buat sy blur! Hari ni.. otak mmg da jadi makin teruk! argh.. geramnye.. kerja.. kerja.. kerja.. ermm....... mmg smp nk sebut n pikir pun susah da.. n maaf kat sape2 y sy tak layan hari ni.. kalau ym ke.. sms ke.. call ke.. sy tak layan.. sori ye.. ermm.. pening2.. then.. ade ar plak dpt satu email dari Pies... uhuhuhuh.. da ar hari ni email byk dari y biase.. kena jawab semua.. ish... then.. tak tau knp dia bg kat sy.. sy mmg tak sempat nk bace.. then.. mlm tadi tel suruh dia bgtau ape y dia email kat sy.. haha.. dia igt sy ni kurang tido ke? haha.. sy ni lagi terlebih2 tido ade ar.. haha.. ape2 pun.. nk share dgn smua.. (jgn buat mcm ni tau.. sy je boleh buat.. hahahaha.. mcm mane nk tido lame2 kalau byk keje..... haisss)


Lack Of Sleep Can Kill: WHAT REALLY KILLED RANJAN DAS ( 42 ), FORMER CEO OF SAP INDIA?


Attention to Cik Nur Haliza,

Yang suke tdo jap je..for ur reminder



Ranjan Das Passed Away on Wednesday, 21-October-2009
http://www.enterpriseirregulars.com/1628/ranjan-das-passed-away


SAP India CEO Ranjan Das Dies After Gym Workout
http://www.indiatvnews.com/main/newsdetails.php?id=277&mod=1&smod=
Ranjan Das, CEO and MD of SAP Indian subcontinent
died after a massive cardiac arrest in Mumbai on Wednesday.
One of the youngest CEOs, he was 42


Carried : Wednesday, 11-November-2009
What killed Ranjan Das and Lessons for Corporate India
http://www.tamilbrahmins.com/general-discussions/3198-lack-sleep-cardiac-problems.html


A month ago, many of us heard about the sad demise of Ranjan Das from Bandra, Mumbai. Ranjan, just 42 years of age, was the CEO of SAP-Indian Subcontinent, the youngest CEO of an MNC in India. He was very active in sports, was a fitness freak and a marathon runner. It was common to see him run on Bandra's Carter Road. Just after Diwali, on 21st Oct, he returned home from his gym after a workout, collapsed with a massive heart attack and died. He is survived by his wife and two very young kids.It was certainly a wake-up call for corporate India. However, it was even more disastrous for runners amongst us. Since Ranjan was an avid marathoner ( in Feb 09, he ran Chennai Marathon at the same time some of us were running Pondicherry Marathon 180 km away ), the question came as to why an exceptionally active, athletic person succumb to heart attack at 42 years of age.

Was it the stress?

A couple of you called me asking about the reasons. While Ranjan had mentioned that he faced a lot of stress, that is a common element in most of our lives. We used to think that by being fit, one can conquer the bad effects of stress. So I doubted if the cause was stress.


The Real Reason


However, everyone missed out a small line in the reports that Ranjan used to make do with 4-5 hours of sleep. This is an earlier interview of Ranjan on NDTV in the program 'Boss' Day Out': Boss' Day Out: Ranjan Das of SAP India.


Here he himself admits that he would love to get more sleep ( and that he was not proud of his ability to manage without sleep, contrary to what others extolled ).The Evidence
Last week, I was working with a well-known cardiologist on the subject of ‘Heart Disease caused by Lack of Sleep’. While I cannot share the video nor the slides because of confidentiality reasons, I have distilled the key points below in the hope it will save some of our lives.

Some Excerpts:

· Short sleep duration ( <5>

· Young people ( 25-49 years of age ) are twice as likely to get high BP if they sleep less. Paper published in 2006.

· Individuals who slept less than 5 hours a night had a 3-fold increased risk of heart attacks. Paper published in 1999.

· Complete and partial lack of sleep increased the blood concentrations of High sensitivity C-Reactive Protein (hs-cRP), the strongest predictor of heart attacks. Even after getting adequate sleep later, the levels stayed high!!

· Just one night of sleep loss increases very toxic substances in body such as Interleukin-6 (IL-6), Tumour Necrosis Factor-Alpha (TNF-alpha) and C-reactive protein (cRP). They increase risks of many medical conditions, including cancer, arthritis and heart disease. Paper published in 2004.

· Sleeping for <=5 hours per night leads to 39% increase in heart disease. Sleeping for <=6 hours per night leads to 18% increase in heart disease. Paper published in 2006.

Ideal Sleep

For lack of space, I cannot explain here the ideal sleep architecture. But in brief, sleep is composed of two stages: REM ( Rapid Eye Movement ) and non-REM. The former helps in mental consolidation while the latter helps in physical repair and rebuilding. During the night, you alternate between REM and non-REM stages 4-5 times.
The earlier part of sleep is mostly non-REM. During that period, your pituitary gland releases growth hormones that repair your body. The latter part of sleep is more and more REM type.
For you to be mentally alert during the day, the latter part of sleep is more important. No wonder when you wake up with an alarm clock after 5-6 hours of sleep, you are mentally irritable throughout the day (lack of REM sleep). And if you have slept for less than 5 hours, your body is in a complete physical mess ( lack of non-REM sleep ), you are tired throughout the day, moving like a zombie and your immunity is way down ( I’ve been there, done that ).
Finally, as long-distance runners, you need an hour of extra sleep to repair the running related damage.
If you want to know if you are getting adequate sleep, take Epworth Sleepiness Test below.Interpretation: Score of 0-9 is considered normal while 10 and above abnormal. Many a times, I have clocked 21 out the maximum possible 24, the only saving grace being the last situation, since I don’t like to drive ( maybe, I should ask my driver to answer that line ).In conclusion:Barring stress control, Ranjan Das did everything right: eating proper food, exercising ( marathoning! ), maintaining proper weight. But he missed getting proper and adequate sleep, minimum 7 hours. In my opinion, that killed him.If you are not getting enough sleep ( 7 hours ), you are playing with fire, even if you have low stress.I always took pride in my ability to work 50 hours at a stretch whenever the situation warranted. But I was so spooked after seeing the scientific evidence last week that since Saturday night, I ensure I do not even set the alarm clock under 7 hours. Now, that is a nice excuse to get some more sleep. Unfortunately, Ranjan Das is not alone when it comes to missing sleep. Many of us are doing exactly the same, perhaps out of ignorance. Please forward this mail/article to as many of your colleagues/friends as possible, especially those who might be short-changing their sleep. If we can save even one young life because of this email, I would be the happiest person on earth.
p/s: saya tujukan post ni kat Pies smula.. dia ar kot y sesuai utk email ni.. haha.. ko tu y tido lagi jap.. huhu

Curious?? ♥ Read More... ♥

Ingin Ku Luah.. Tiada Suara

Pernahkah anda rasa perit kerana menyimpan perasaan? Memendam apa yang di rasa.. Terasa sakit! Terkadang rasa ingin menjerit... meluahkan segala rasa.. aku suka dia! aku sayang dia! Mengapa dia tidak pernah kisah??????????? Mungkin ramai y pernah rasa seperti itu.. Ada kalanya.. terasa, lebih baik memendam sahaja.. kerana jika diluahkan, mungkin kita akan kehilangan dia.. betulkah? Atau lebih baik dicurahkan segala rasa? Agar tidak lagi gelisah.. Tiada lagi batu yang menghempap dada? Begitukah? Apa-apa pun.. segalanya adalah pilihan anda.. hehe.. tak tau ape motif tulis perkara ni.. atau sy tahu.. cuma tidak mahu beritahu.. haha.. mmg sungguh blur da ni.. hehehe

Curious?? ♥ Read More... ♥

November 22, 2009

Quizzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Curious?? ♥ Read More... ♥

Imbas Zaman Sekolah Rendah

Antara perkara yang pernah berlaku waktu saya di sekolah rendah adalah

1) Saya di ejek 'Botak' kerana...... saya saja pelajar perempuan yang tak pakai tudung kat kelas sy ~ Teruk nye sy ni..

2) Saya pernah di tumbuk kat perut oleh seorang pelajar lelaki yang bernama Aidilfitri sbb sy ejek dia 'Selamat Hari Raya Aidilfitri'

3) Waktu darjah satu, saya mendapat markah tertinggi dalam Matematik di kelas sy dan dapat nombor 7 (No kesukaan)

4) Hampir 3 atau 4 kali peperiksaan saya berkongsi nombor peperiksaan (nombor 10) dengan seorang kawan lelaki bernama Sazali

5) Sentiasa melarikan diri daripada seorang murid lelaki (tua setahun dari saya) kerana dia sukakan saya. Gelaran yang saya beri pada dia adalah 'Mata Lembu' kerana dia pakai cermin mata tebal ~ hehehehehehe.. teruknye saya ni.

6) Dari darjah 1 sampai darjah 6, saya merupakan Penolong Ketua Darjah ~ hehe.. jangan bising! sape bising nnt saya tulis nama kat papan hitam. hehe

7) Waktu Hari Guru, saya join team cikgu lelaki berlawan bola sepak dengan murid lelaki sekolah saya.. huhu.. sorg je perempuan masa tu..

8) Waktu darjah 4, saya gagal menjadi olaragawati kerana terjatuh bila tiba garisan penamat sbb tak bersarapan.. tinggal lagi dlm 5-8 meter je lagi.. mmg sangat kecewa.. (lari 200 meter). :-(

9) Sepanjang zaman sekolah rendah.. sll di buli oleh sekumpulan budak lelaki y diketuai oleh seorang murid lelaki bernama Azuwan. Bila dah besar.. dia cari sy.. dan luahkan perasaan y disukakan sy.. tetapi waktu tu.. dah terlewat..

10) Menjadi Pelajar Terbaik Sekolah Tahun 1997 ~ ermmmm.. sy sorg je dpt 5A... dgr cerita Azuwan sgt kecewa.. Apa2 pun.. dia masih berjaya dalam pelajaran sekarang ni.. (Dia Master kat UTP)

Curious?? ♥ Read More... ♥

November 21, 2009

Fakta Tentang Cita-Cita


Fakta tentang cita-cita......

Waktu saya sekolah rendah dulu.. setiap kali kalau ade y isi biodata utk cita-cita tu.. sy akan tulis cita2 pertama saya adalah Inspektor Polis. Mmg suke la.. main polis antri.. best2.. past tu.. minta mak sy beli mainan y gari tu.. kalau tak dpt.. sy muke mmg masam giler ar.. teruk giler waktu sy kecik dulu....... adoi :-(

Waktu tu.. mmg nak sgt.. jadi inspektor polis.. then.. tgk cite ape tu.. maria.. mariana ek? mase tu erra fazira jadi inspektor polis.. mase tu ar start minat Erra (love) .. hehe..

Ada cerita tentang cita-cita ni... waktu sekolah rendah dulu.. kawan baik dgn Nur Liyana dan Nur Firdaus.. Nama kami rapat2.. (sy Nur Haliza).. so senang ar.. ke mana2 pun dekat je sentiasa.. past tu.. Fir ni cita2 nye nk jadi Doktor. Yana plak cikgu. Sy of coz ar Inspektor Polis. Fir kata.. nnt Yana ajar sy.. sbb dia cikgu.. so cikgu mengajar Polis.. then.. sy plak.. selamat kn diaorg daripada org jahat.. tp kalau sy kena tembak.. Fir ubatkan saya.. huhuuhu.. tu ar.. konon2 nye mase zaman kanak2 dulu.. Skrg ni semua org lari daripada cita2 masing2.. hehhehehehe

Curious?? ♥ Read More... ♥

November 20, 2009

NAK HANTAR THESIS

Tadi ptg.. tibe2 tau semua kawan2 tak nk hantar thesis... smua nk register sem depan....... wargh, sy nak hantar.. tak nk smbg sem depan.. huhuhuh......

Mengadu kat wani tadi.. mcm2 hal jadi.. adoi.. then wani kate.. "Liza.. ko hantar je.. Ko tak leh lame2.. nnt ko kena kerja.. nk kumpul duit.. setahun baru ko boleh beli rumah.. Lepas tu.. ko nak rumah lagi besar dari WCC.. so ko kena cepat keje.. lepas ko dah dpt rumah tu.. baru ko boleh kawin.. lepas tu baru lah ko boleh dpt anak mcm y ko nak.. nak jaga anak ko mcm ko nak.. kalau lambat2 nanti.. anak ko kate ko ni nenek dia plak" wah........ huhu.. Anis pun kate.. 6 bulan tu bezanya...... huhuhuuhuhu.....

Past tu.. tadi wani tambah lagi.. "tak sabar nk tunggu liza kawin.. org lain kawin mmg tak kisah.. tp liza ni lain sikit.. aku da ready.. bawak anak dan cucu aku tgk liza kawin" wah.. teruk2.. dia kate sy kawin da tua nnt... huhuhu.. bila dia da ade cucu.. haahah........ adoi.. thesis2..

Curious?? ♥ Read More... ♥

TAGGED DAN COMENT

Pertama kali sy buat note utk tagged org kat FB.. terima kasih kat kawan2 y sudi melayan karenah sy ni.. so sebagai kenangan.. sy nk letak kat blog sy ni.. huhu.. so inilah tagged note sy dan coment2 dari smua rakan2 sy :-


Anda telah di TAGed oleh saya. Hehe.. pertama kali tibe2 teringin buat mcm ni. Idea dtg tibe2.. so sy nk beri soalan2 kat anda yang y TAG.. then.. jgn lupe jawab tau! hehehehehehe

1) Sekarang ini, ketika ini, ada tak seseorang dalam fikiran anda? Ada atau tidak? (Jika tidak.. pergi ke soalan 6)

2) Dia di fikiran anda lelaki atau perempuan? Apa hubungan anda dengan dia?

3) Kenapa anda terfikir tentang dia? Suka? Benci? Marah? Bengang? Rindu?

4) Kalau dia ada di sebelah anda sekarang ini.. apa perkataan pertama yang anda nak ucapkan?

5) Jika anda suka dia, nyatakan 3 sebab perkara yang buat anda suka dia... dan jika sebaliknya.. nyatakan 3 sebab juga mengapa anda tidak suka dia.......

6) Jika anda kecewa, sedang bersedih.. atau ada masalah.. siapa yang anda cari? Untuk luahkan perasaan.. utk kongsi masalah.. (Jika jawapan adalah org y anda fikirkn tadi.. knp mesti dia y awak cari?)

7) Sepanjang usia anda.. sambutan hari lahir anda y ke berapa paling anda suka dan ingat? Kenapa?

8) Jika di beri peluang...... apa yang anda mahu lakukan sekarang ini? Apa sahaja yang anda impikan untuk anda lakukan saat ini?

Hahahahahah... cukup la dulu.. tak tau plak nk tanya apa lagi.. hehe.. so.. jawab ye! huhu










Curious?? ♥ Read More... ♥

SAYA NAK PERGI SWIMMING!!!




Curious?? ♥ Read More... ♥

RAHSIA TTG KUCING


Ada rahsia ingin didedahkan.. saya suka dengan kucing.. lagi2 y muke nye comel mcm pic kat bawah ni.. ermm.... rase nk peluk2.. cium2 je.. past tu kalau kucing tu faham ape y kita cakap.. dpt memahami ape y sedang kita rasa (sll kucing y di bela mcm tu).. mmg suke.. tapi.......


Ceritanya begini.. dulu waktu sy kecil.. family sy ade ar bela kucing.. kucing pertama y saya igt.. namenye 'Baby'.. kucing jantan... erm.. hitam belang putih..comel.. erm.. suke ar.. tp past tu.. hilang.. puas cari.. ermm.. dia da sakit pun da time tu.. ye ar.. kucing2 ni kalau nk mati.. dia tak mo mati kat umah tuan y bela dia.. huhu.. kemudian.. ade kucing baru.. 'Boboy'.. warne oren putih.. comel.. suke main dgn dia.. erm.. macam2 ar peristiwa.. past tu.. ade kucing name 'Yet' Sy bg name dia kenit mule2.. sbb dia kecik sgt.. huhu.. tu ar kucing betina pertama.. erm.. past tu.. tu ar kali terakhir bela kucing.. da tak de kucing da.. skrg ni pun.. kalau ade kucing comel2.. tgk macam tu je.. buat selambe je.. tak de nk pgg2 ke.. ape ke... sebenarnye setiap peristiwa.. stiap tingkah laku.. pasti ade sbbnye kn? n sbbnye.. sy tak nak ade perasaan kat kucing da.. sbb... takut kehilangan lagi :-(

Lagipun.. bukan senang nk jage n ajar kucing ni.. huhuuuhu...... dan sy plak.. tak berapa ok kalau bulu2 kucing gugur2 ni.. nnt bersin.. selsema.. huhu.. tp tak de ar teruk sgt.. cume.. tak nak ar.. sedih je nnt kalau kucing mati.. huhuhuhhu...

Curious?? ♥ Read More... ♥

Funny


Macam mane pun.. tgk pic ni mmg nk gelak.. selame ni sy penah ar kumpul nyamuk.. saje seksa nyamuk.. tangkap.. past tu.. kumpul.. bilang berapa ekor nyamuk y da di tangkap.. tak pernah pun terpikir pasal lalat.. haha.. tp penah ar pukul lalat dgn penyapu lidi.. huhu.. kat umah jiran.. bunuh!!!!!!!!!!!!!!!!

Curious?? ♥ Read More... ♥

November 18, 2009

JADUAL Y PADAT


PENING! Jadual semakin padat!

1 & 2 hb Disember = 3rd MIMOS-UTM CoE Knowledge Sharing Workshop. Kena demo dan present waktu ni...... adoi....... tolong ar....... malas da wat benda2 ni!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

3 - 5 hb Disember = International Conference on Antennas, Propagation and Systems (INAS 2009) 3 to 5 December 2009. Erm..... Time ni kena present gak... adouish2...... masih dlm repairing my paper..... masuk IEEE................. huuuuuuuuuuuuuu......

4 hb Disember = Final day submition thesis. Adoi...... boleh ke dpt kn y terbaik? huhu.......

27 hb Disember = Due date utk manuskrip second novel....... wargh............

Past tu.. kena wat paper n journal lagi.. Dr. Sharifah suruh.. huhu........

Otak ku tepu..... otak ku haru biru........ otak ku serabut dan celaru....... past berakhir semua ni... daku ingin...... berehat dan bercuti!!!!!!!!!!!!!!!! i want swimming.. swimming...... swimming!!!!!!!

Curious?? ♥ Read More... ♥

November 17, 2009

Otak tepu lagi... :-(

Wahai Mereka!
Kau mahu aku bagaimana?
Melayan kau tidak kira masa?
Memuji kau walau tidak pernah ada baiknya?
Mengingati kau setiap saat dan ketika?
Memburu kau yang tiada rupa?
Setia menanti hingga ke hujung nyawa?
Apa mahu mereka daripada kami ya???

Wahai Mereka!
Matamu selalu alpa!
Imanmu mudah goyah!
Kecuranganmu menyeksa jiwa!
Jadi mahu bagaimana?
Untuk aku menyinta???
Mataku telah buta..
Hidungku sudah hilang deria..
Telingaku tidak lagi mengesan suara..
Segala tentang kau..
Tiada lagi tempat untuk menyapa..
Di fizikal mahupun mental aku..

Wahai Mereka!
(Ala.. tak jadi lagi.. huhu.. otak tepu secara tiba2!)

Curious?? ♥ Read More... ♥

AKU TAK MAHU PERGI!

Sering kali ia terjadi..
Sering kali aku meragui..
Keputusan aku ini..
Aku tidak mahu begini!
Tapi mulut ku terkunci..
Tidak berani..
Untuk meluahkan segala yang terbuku di hati..
Aku ingin menjaga hati..
Sedang.. hati ku ini??
Tidak gembira dengan apa yang terjadi.......
Tolong aku.. bantu aku.. tunjuki aku..
Merubah semua itu!

Curious?? ♥ Read More... ♥

November 16, 2009

Luahan Perasaan

Huish...... hari ni, baru ni mmg sy tergelak besar ar.......... huuuuuuuuuuuuu..... lawak2.. ade someone call sy.. huish... mmg kelakar.. bfore ni mmg dia ade luahkn perasaan kat sy.. tp sy ignore je.. ni dia luahkan lagi.. sy mmg da tergelak2 da...... lawak giler

'From the first time i saw you... i cant avoid this feeling... semakin i tahan, semakin kuat perasaan ini. I nk you tau, I suke kat you. I really love you'

And macam2 ar.. mmg dia ulang byk2 kali.. sy masih gelak jugak. Dia tanya.. kelakar ke..... jgn gelak.. i serious ni tau! dia kate mcm tu...... so bile dia ckp lagi.. sy pun diam je...... huhuuhuhuhu...... lawak2...

Past tu dia tanya.. you ni ade hembus2 i ke? smp i jadi macam ni? hahahahhaha.. then tanya sy.. pernah tak ade org tanya mcm ni kat sy... sy jawab ar.. ade je.. ahahhhahaah... lawak2... sakit perut gelak...... terberhenti wat thesis jap.. huhu

Curious?? ♥ Read More... ♥

Berlari.............. Mengejar Due Date

Erm............ baru2 ni mmg pack n letih.. Asyik menghadap thesis je. Hu....... berusaha....... so mmg tak de mase ar.. mcm dulu dok menghadap blog ni.. tulis tu.. tulis ni.. skrg ni.. bukak blog.. utk cukupkan syarat.. post sesuatu.. tu je.. tu pun.. otak blur tak tau nk tulis ape.. tulis je r ape y terlintas kat otak ni......

Letih...... sangat2 nk tgk 2012...... tp thesis tak mengizinkan sy utk buat begitu......... huuuuuu...... past je habis buat thesis ni...... nk g tgk wayang............. huhu.. nk tgk byk2... lepaskan dendam.. huhu.. past tu... kena gak kejar due date novel... wah.. da dekat tarikhnya.. then.. nnt kena buat projek mimos.. they all masih tak dpt2 gak.. risau2.. ermm..... adoi... sibuk plak dgn futsal.. ermm....... adoi...... past tu... ade benda y saya perlu buat utk karier masa depan sy.. ape2 pun.. sy work hard utk lepaskn thesis dulu... huhu...

Curious?? ♥ Read More... ♥

Selamat Tinggal Cinta

Berderai air mata,
Pabila terfikir tentang derita,
Berdebar kencang dada,
Pabila berakhirnya hubungan cinta..
Telah ku curah segalanya,
Memberi sejuta setia,
Keikhlasan tidak pernah di percaya,
Mahu lagi apa?
Agar kau terima..

Berakhirnya episod cinta,
Membuat ku gelisah,
Ingin ku halang tidak berupaya,
Sengsara, derita..
Selamat tinggal cinta

Curious?? ♥ Read More... ♥

November 15, 2009

WOW!


Curious?? ♥ Read More... ♥

Puisi yang tak jadi.. haha.. adoi

Harapan dan impian semakin pudar,
Kian samar, semakin hilang..
Ku mencari, menggali punca pemergian,
Adakah tersurat kelihatan?
Atau ia tersembunyi dari pendengaran?
Pautan dahulu telah terlerai,
Ikatan kukuh telah tercerai,
Mana gunting yang memutuskan?
Atau tali telah di makan anai-anai?
Ada jentera di otak,
Di gesa bergerak, mencari punca,
Perubahan dia tidak bersebab,
Kesalahan tidak dapat di hidu,
Deria mati dan lumpuh,
Tiada 'clue'..
Salah siapa?
Aku atau dia?
Luahkan sahaja jika mahu,
Jeritkan sahaja jika malu,
Lupakan sahaja jika celaru,
Pergi sahaja, jika sudah jemu..

Curious?? ♥ Read More... ♥

November 14, 2009

Tentang Aku dan Dia

Hai kawan-kawan.. nama aku Tina. Aku ingin bercerita kepada semua. Tentang aku dengan dia. Tentang memori aku bersama dia. Siapa dia?? Tentulah insan yang aku cinta. Benar! Aku cinta dia. Aku tidak mahu menafikan lagi. Aku benar-benar terlarut dalam cinta. Aku cinta dia. Itu sahaja yang bisa ku kata. Tiada apa lagi dalam dunia ini bagi aku.. selain daripada dia. Dia.. dia..

Oh, ya.. dia.. Dia ni sama jantina dengan aku. Erm.. pasti semua pandang serong bila dengar macam tu kan? Aku tak kisah. Orang nak kata apa, katalah. Yang penting, aku bahagia jika dia gembira. Aku hanya mahu lihat senyuman dia. Tapi......... dia... dia.. seakan tidak pernah kisah. Tidak memahami apa yang aku rasa. Rasa cinta yang membara. Rasa rindu yang menyala.. Dia tidak mengerti semua itu. Sakitnya hati aku.. dia tidak pernah mengasihi aku. Aku memendam saja, perasaan aku.....

Aku tidak pernah minta, aku tidak pernah mengharap. Untuk dilahirkan ke dunia ini, dan menyusahkan dia. Aku hanya berharap, agar aku dapat mengembirakan dia. Dapat membahgiakan dia.. kerna, dalam hidup aku.. hanya ada dia seorang sahaja. Sedari yang ku ingat.. aku telah jatuh cinta dengan dia. Dia cantik orangnya. Putih gebu. Kurus dan tinggi lampai. Rambut dia panjang, lurus dan hitam. Aku suka tengok dia. Memuji-muji aku akan kuasa Allah. Indah ciptaanNYA. Kalau dia senyum, pergh.. memang manis sungguh! Tapi, dia jarang senyum kat aku. Kalau pandang aku, dia mesti masam je. Muke garang je yang dia tunjuk. Erm.. kenapa ye? Apa salah aku? Sampai dia seakan terlalu benci pada aku??????

Setiap hari, aku bangun pagi-pagi. Aku intai dia di bilik.. Dia masih lagi lena.. tidur. Erm, mungkin dia penat. Tak berani aku mahu kejut dia..... cuma yang aku mampu buat, hanya berdoa di tikar sejadah.. mendoakan kebahagiaan dia. Terkadang, berjurai-jurai air mata aku, kerana memohon kepada Yang Esa.. memohon hatinya dibukakan untuk mengasihi aku..

Selepas itu, aku tergesa-gesa.. siapkan sarapan untuk dia. Erm, sarapan dia bukan pukul 8,9 pagi.. tapi kadang kala menjelang tengah hari baru dia muncul di muka dapur. Aku pula, memang sedari awal lagi, menanti penuh setia.. Menanti sambil dagu aku ku lepakkan di meja. Bila dia tiba, aku lemparkan senyuman..... seindah boleh aku berikan.. tapi dia.. hanya menjeling tajam. Tidak mengendahkan aku..... seperti selalu. Aku tarik nafas panjang-panjang saja. Kemudian, aku senyum lagi.

Dia menjamah masakan hidangan aku. Ada kerutan di dahinya. Kebimbangan muncul di lubuk hati aku. Risau jika dia tidak sukakan masakah aku, seperti dulu. Pernah dia campak pinggan ke badan aku. Lebam badan aku. Sakit. Tapi, dia tidak pernah kisah semua itu. Aku terpaksa kutip semua makanan-makanan yang bertaburan. Terpaksa menahan air mata dari bercucuran. Aku ikhlas memasak untuk dia. Cuma waktu itu, aku masih baru hendak belajar. Aku tidak mahir.. dalam memasak. Jadi, aku hanya harap dia faham. Tapi dia.. tanpa belas kasihan, dia lempar pinggan ke badan aku..... dan kaca bertaburan. Dia pula, menghilang. Pakai lawa-lawa..... dan keluar dari rumah...... aku di biarkan sahaja.........

Bila petang.. dia muncul semula.. kadang-kadang bersama teman.. Sering bertukar-tukar. Teman dia lelaki.. bermacam peringkat umur ada. Pelbagai warna kulit, dia tidak pernah kisah. Mereka bermesra.. depan-depan aku pun dia tidak kisah. Aku hanya menelan air liur dan mengucap menahan sebak di dada. Mengapa dia begitu????? Apa salah aku.. dia buat semua itu depan aku????? Aku ingin laungkan.. yang aku benci semua itu. Aku ingin jeritkan.. aku tak mahu semua itu berlaku...... tapi........ apa daya aku.. kerana aku cintakan dia.. aku tidak pernah berniat untuk lari meninggalkan dia.....

Bila teman-teman lelakinya ada... dia selamba mengarahkan aku itu ini. Buat air, masak nasi.. layan itu.. layan ini...... aku macam org gaji! Kenapa dia buat aku macam ini? Patutnya dia yang layan aku.. dia yang jaga aku.. tapi ........ Aku turutkan saja.. Aku tidak mahu dia marah-marah. Terkadang, dia bawa masuk teman lelaki dia dalam bilik. Lama baru keluar. Aku... aku... aku menanti di luar pintu bilik dia. Resah.. gelisah.. Kenapa dia perlu begitu ya?????????????????????

Apabila malam.. dia akan pergi kerja. Dia pakai seksi... macam tak cukup kain pun ada. Mekap dia tebal.. minyak wangi harum semerbak.. Ah, aku ingin sahaja ikut dia. Ke mana dia pergi ya? Kerja waktu malam? Erm.. begitukah kehidupan? Bila dia keluar, dia tidak pernah kisah pasal aku di rumah. Aku terkapai-kapai sendirian. Menanggung rindu yang sering mencengkam. Aku ingin bersama dia setiap masa. Ingin sangat mendapat belaian dari dia. Ingin perhatian dia. Susah sangatkah dia..... untuk menyinta???????

Kadang kala..... aku tertidur menunggu dia pulang dari kerja. Sedar-sedar.. pintu telah di ketuk sekuat-kuatnya. Aku berlari-lari ke muka pintu.. buka pintu untuk dia. Dia berdiri tidak bermaya. Terhoyong hayang dia berjalan memasuki rumah. Mukanya merah padam. Ah, dia penat sangatkah kerja????? Ada bau yang tidak menyenangkan hadir dengan kehadirannya pulang. Mungkin dia berpeluh kerana penat berkerja.. Tapi, tiba-tiba dia muntah. Dia terbaring terus atas sofa. Aku terkesima! Dia sakit kah??????? Aku risau! Bimbang! Aku tak mahu dia sakit! Aku berlari ke dapur. Ambil kain, ambil air.. Aku cepat-cepat bagi dia air. Suruh dia minum. Dia teguk rakus. Kesian dia. Aku mahu menangis lihat keadaan dia.....

Aku lab muka dia dengan kain basah. Aku usap rambut dia. Aku tolak rambut yang terjuntai di dahi dia. Argh...... dapat juga ku mendekati dia.. serapat itu. Dapat aku melihat raut wajahnya dari dekat. Indah. Matanya tertutup rapat. Aku membelai dia sejenak..... kemudian, ku bersihkan muntah dia. Aku tanggalkan kasut dia. Ku baringkan kakinya ke atas sofa. Dia lena sahaja. Aku merenung dia. Kemudian, aku selimutkan dia. Ah.. kalau lah bisa ku peluk dia. Kalau la bisa aku cium dia. Aku berfikir sendirian. Bolehkah aku????? Dia tidak sedar.. aku ingin ambil kesempatan.. bolehkah?????

Perlahan-lahan.. aku mendekati dia. Aku merapatkan muka aku ke muka dia. Aku ingin cium dia. Itulah yang aku inginkan.. kerna aku sayang dia. Lalu, dengan berhati-hati, aku kucup pipi dia. Sekejap sahaja. Aku cepat-cepat tarik semula. Aku pandang mata dia. Tertutup rapat. Wah! Aku berjaya cium dia!!! Gembiranya!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Aku bahagia! Aku tenung dia lagi. Ah.. ada perasaan yang mendesa-desa untuk aku terus mencium dia. Aku nak cium dahi dia pula. Aku mahu!

Aku bawa bibir aku mendekati dahi dia.. Cupp...... aku cium dahi dia. Ada senyuman di bibir aku. Aku cium lagi... lama....... Aku biarkan saja.. bibir aku melekap di dahi dia. Aku ingin terus begitu sahaja.. bolehkah????? Kerna selama ini.. aku sangat idamkan kasih sayang dari dia....... jadi, adakah cara ini saja yang bisa aku dapat? Dengan cara curi-curi begini?? Dan aku.. aku.. aku juga.. ingin rasa.. ingin merasa... dia mengucup aku. Dia tidak pernah cium aku! Aku mahu!!!

Lalu.. aku berfikir sejenak. Erm..... aku tahu caranya. Aku berdiri di sebelah tubuhnya yang terbaring lena. Aku membongkok, dan aku rapatkan muka aku ke arah dia. Perlahan-lahan, aku rapatkan pipi aku ke bibir merah milik dia. Bercantum..... bersatu...... Aku tersenyum lagi.. untuk yang ke sekian kali......

Ah.. aku ingin peluk dia. Bolehkah???? Aku mahu ingin merasa.. dia di dalam rangkulan aku. Dia tidak pernah memeluk aku.. begitu juga aku.. Lalu.. seperti tadi.. aku curi lagi. Aku memeluk badannya. Hangat. Ada serpihan bau asap rokok melekat dan bercantum dengan bau haruman dia. Aku biarkan sahaja.. Kerna aku terasa.. ada sedikit kebahagiaan sedang bermaharajalela di dada.

Esoknya.. seperti biasa. Aku basuh baju dia. Baju yang dia pakai. Aku melakukan segalanya dengan ikhlas dan gembira. Kerana.. aku sayangkan dia. Aku sanggup buat apa sahaja untuk dia. Tapi..... entah mana silap aku... baju putih itu, bersalut warna kelabu! Argh...... habislah aku! Aku dah rosakkan baju dia. Aku cuba gosok dengan sabun. Aku cuba hilangkan kesan kelabu itu... tapi makin aku gosok.. makin lebar warna itu.. aku di himpit resah.

Aku mahu sembunyikan sahaja perkara itu. Aku sorokkan baju dia. Tak mahu dia tahu. Yelah, itu baju kegemaran dia. Aku tahu, baju itu mahal harganya. Jadi..... kerana dia.. aku sorokkan.. tak salahkan?
Tapi.. bak kata orang.. sepandai tupai melompat.. akhirnya jatuh ke tanah juga... akhirnya dia dapat tahu.. waktu malam itu. Aku di maki.. di hamun... Dia pukul aku. Dia lempang aku. Aku tunduk sahaja.. Sedang air mata aku semakin lebat membasahi pipi. Aku bukan sakit kerana di pukul. Tetapi aku sakit.. perit.. kerana dia memaki hamun aku. Aku hanya mahu senyuman dia. Aku hanya mahu menggembirakan dia. Tapi, aku tidak mampu. Semua salah aku!

Aku mohon maaf pada dia. Dia tidak mengendahkan aku. Berkali-kali aku merayu. Tetapi kepala aku di tolak kerana tidak mahu memandang wajah aku. Ah.. kenapa? Hina sangatkah aku?? Sehingga begitu benci dia untuk menatap wajah aku. Aku merayu lagi.. merayu.. tapi dia.. tetap membisu.. tidak endahkan aku.

Esok.. dan hari-hari seterusnya. Dia berubah.. jauh berbeza. Dia tidak lagi makan makanan masakan aku. Di tidak mahu lagi berselisih dengan aku. Dia mengelak dari bertemu dengan aku. Ah... sakitnya hati aku... perasaan aku. Kenapa dia begitu????? Oh, Tuhan...... bukakanlah pintu hatinya.. agar dia memandang kepadaku.. mengasihi aku..

Aku resah. Apa yang perlu aku lakukan untuk pujuk dia? Aku merayu... melutut di hadapan dia. Dia sepak aku. Aku tersandar ke muka pintu. Aku tidak kisah, berapa kali mahu dia tendang aku.. Yang pasti.. aku mahu terus merayu...... tolong aku. Tolong aku. Maafkan aku..... aku merayu.. melutut.. sujud di hadapan dia..... Jangan pernah membenci aku. Katakan sahaja.. apa yang di kau mahu.. akan ku turutkan segala kehendakmu..... Dia terdiam.. kemudian.. dia berkata..... Dia akan maafkan aku.. apabila aku berjaya membersihkan.. warna kelabu di pakaian putih dia..... aku tertunduk... berfikir..... adakah aku akan mampu?????

Aku bersetuju.. kerna itu sahaja yang dia mahu.. Lalu, aku terus ke bilik air.. aku gosok.. sental... pakaian putih itu. Ah...... lama....... berpeluh-peluh aku.. sampai kecut-kecut jari gemari aku...... aku masih gagal. Bagaimana???????? Aku mahu memulihkan?? Aku ingin meletakkan clorox.. tp.. pakaian itu.. ada sedikit berbelang biru... bagaimana gayanya? Dapatkah aku mengembalikan.. keputihan baju itu?????? Aku buntu.

Jam bertukar.. hari berputar.. sudah tiga hari.. aku menghadap baju itu. Aku baring di bilik air.. tido di bilik air.. aku tidak lalu makan..... kerna.. dia masih tidak mahu memaafkan aku. Ah....... aku benar-benar rindu. Aku mahu lihat dia. Aku mahu bermesra dengan dia. Dia...............

Kemudian.. dia tidak muncul-muncul lagi. Dia tidak pulang ke rumah. Mana dia????? Dia pergi mana. Aku resah. Marah sungguhkah dia dengan aku??????? Aku ingin segera bersihkan baju dia. Aku mahu jumpa dia. Aku tidak mahu dia terus membenci aku. Aku mahu dia. Aku benar-benar mahukan dia. Tiba-tiba, aku mendapat satu idea. Aku ingin pergi keluar, pergi mencari dia. Mahu dia pulang ke rumah. Mahu dia kembali.. dan aku janji akan bersihkan baju dia secepat mungkin. Cuma, mahu dia ada.. di sisi..... walaupun.. dia membenci.
Aku merayau-rayau...... mencari dia.. tapi kawan-kawan.. nak tahu apa aku jumpa?? Baju dia. Baju yang sama dengan baju dia! Ada di sebuah kedai. Aku tak tahu bagaimana aku boleh terjumpa, dengan baju yang mirip dengan baju dia. Argh............... aku sedikit lega. Aku akan memiliki baju itu. Akan aku ganti dengan baju yang aku kotorkan itu.. tapi....... bagaimana? Aku tidak punya wang.. Aku tidak punya apa-apa......... Aku.. hanya mampu....... mencuri sahaja.. Mencuri untuk mendapatkan dia semula!

Aku tarik baju di kedai itu. Aku berlari.. keluar dari kedai.. Aku genggam baju itu erat-erat. Ada kedengaran jeritan di belakang. Tapi, aku biarkan sahaja. Aku tidak endahkan. Dalam pelukan aku kini.. bukan baju yang ku curi.. tapi.. dia. Dalam pelukan aku ada dia. Kerana.. dengan baju ini.. aku yakin, akan dapatkan dia kembali..... Mungkin dia terlalu sayang baju ini.. sehingga dia benar-benar membenci aku. Tapi, kini aku bakal dapat dia kembali. Dia akan ada di rumah.. aku menanti dia..

Tapi, tiba-tiba aku terhenti berlari. Aku nampak dia. Dia. Betul! Dia ada di situ. Memerhati aku, memerhati aku yang sedang di buru. Aku kaku. Dia hanya memandang aku..... kosong. Ada genangan air mata dia mata dia. Tiba-tiba...... ada rangkulan kasar menyambar tubuh aku. Sakit!... Kedengaran di corong telinga ku... satu perkataan ‘Pencuri!’...... aku tertangkap.. kerana dia.....

Apabila tertangkap..... dia hanya memerhati sahaja. Mata aku.. hanya melekat pada dia. Dia tidak bergerak. Ah, rindu aku terhadap dia. Tapi.......

Aku di soal siasat. Aku meminta maaf. Aku berterus terang.. apa yang berlaku. Aku hanya mahu dia. Mereka menggelengkan kepala sahaja. Aku rayu pada mereka.. tolong maafkan aku. Tolong lepaskan aku. Aku mahu jumpa dia. Aku rindu dia. Aku buat semua ini hanya kerana dia. Aku tiada niat lain. Aku mahu dia! Mereka berbincang sesama mereka. Berbisik-bisik.. sambil ada riak simpati di wajah mereka. Akhirnya..... mereka mengusap kepala aku.. sambil berkata... mereka memaafkan aku.. Melepaskan aku.. walaupun aku.. telah mencuri.. tetapi.. mereka dengan murah hati.. memberi hadiah baju itu kepada aku... untuk ku beri kepada dia.. agar dia dapat menerima aku.. kembali ke rumah.. dan memaafkan aku.... baiknya mereka... berkali-kali aku mengucapkan terima kasih......

Sampai di rumah. Aku terperanjat melihat dia..... Dia! Aku berlari mendapatkan dia. Di tangan aku.. Aku genggam baju yang di beri oleh mereka. Aku hulur pada dia. Tapi, wajah dia.. berbeza. Ada riak basah dia mukanya.. Aku tidak endahkan.. kerana.. aku mahu beritahu dia. Aku sudah dapatkan baju seperti yang dia mahu. Bersih.. malah baru! Aku mahu dia maafkan aku. Aku berdiri di hadapan dia. Dia membeku.

Dia bertanya.. mana aku dapat baju itu. Aku katakan.. seperti mana yang dia lihat... aku telah mencuri.. Tetapi.. mereka lepaskan aku, kerana.. aku telah ceritakan semua, apa yang berlaku. Aku beritahu dia. Aku lakukan semua ini untuk dia. Aku tidak mahu kehilangan dia. Aku rindu dia. Aku mahu dia terus ada. Walaupun dia benci dan tak pernah senyum pada aku... tak mengapa.. tapi.. aku mahu dia pulang ke rumah. Jadi aku buat itu semua kerana dia.

Aku ceritakan lagi.. sabun di bilik air sudah habis.. kerana aku puas bersihkan baju dia. Tidak berjaya. Habis kecut—kecut tangan aku, tapi aku masih tidak berjaya..... jadi.. itu sahaja yang aku bisa lakukan...... Aku bercerita panjang...... kemudian... ada esakkan kedengaran. Aku pandang dia! Dia menangis!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Apa yang aku telah lakukan??????

Tiba-tiba dia terduduk depan aku. Dia menangis.. dan terus menangis. Kemudian....... dia peluk aku. Dia cium aku. Dia minta maaf pada aku..... aku tidak faham dengan semua itu. Pelik dan buntu. Kenapa dia bersikap begitu????? Aku memberanikan diri..... menyoal.... semakin kuat esakkan tangisan dia. Aku resah.. gelisah...... kenapa ni dia??????

Dan malam itu.. pertama kali... aku lena di pelukan dia. Dia memeluk aku erat... begitu juga aku. Aku terasa ada sedikit sinar bahagia....... sehinggalah...... keesokan hari...... aku tahu segalanya...... dia ada... dia sakit..... dia ada sakit....... sakit dia.............. sakit dia... HIV. Apa tu? Dia takut.. itu yang dia katakan pada aku...... aku benar-benar keliru. Kalau sakit.. makan ubatlah.. aku minta pada dia.. tapi dia kata.. HIV tak ada penawarnya..... Aku pula yang sebak.. gelisah..

Apa yang aku takut-takutkan adalah kehilangan dia...... dan kini...... aku benar-benar menghampiri hari kehilangan dia. Aku meniti hari kini.. hanya dengan ketakutan....... kerana.. dia bakal pergi.. meninggalkan aku...

Dan... hari itu muncul... aku menangis teresak-esak....... Selepas ini.. aku tidak akan lagi punya sesiapa............... Kerana... aku adalah anak luar nikah dia. Dan dia.. emak ku.. sudah pergi kepada DIA.......

Curious?? ♥ Read More... ♥

Segalanya

Rasa sayang telah tiada,
Rasa kasih hilang entah ke mana,
Engkau kini hilang dari minda,
Tidak lagi muncul dan menjelma.....

Biarkan, lepaskan, segala rasa..
Sakit menderita.. terseksa..
Engkau tidak pernah kisah,
Sedang air mata sering menyapa..

Kekejaman kau membuatku lupa,
Cinta yang pernah indah,
Kini keperitan beraja,
Berdarah, bernanah.. hati ini tiada lagi warna..
Pucat.. tidak bermaya...

Lupakan.. biarkan.. memori kita berdua..
Kerna racun sahaja yang kau curah..
Kini sudah tiada penawar..
Maafkan aku.. kerna mahu melupakan..
Segala memori.. yang pernah kita lewat bersama.....

Curious?? ♥ Read More... ♥

Kau dan Aku

Hari itu,
Aku terlihat kau di situ,
Muka kau masam,
Tidak pernah nak senyum,
Sombong nye kau..
Lalu aku biarkan kau,
Tak mahu ambil tahu......

Tiba-tiba..
Tanpa aku tahu,
Kau mula rapat dengan aku.....
Kenapa ye?
Aku senang berkawan dengan kau..
Cuma,
Mungkin kita tak seperti kawan-kawan lain..
Pelik juga,
Bagai ada sesuatu antara kita.....

Akrabnya kita,
Dengan cara tersendiri..
Pelik, tapi itulah kebenarannya..
Aku tidak mahu kehilangan kau,
Begitu juga dengan kau..
Mahu aku berjanji.....
Jika sudah membenci,
Berterus terang dan kau dapat menerimanya nanti..

Tapi aku katakan pada kau,
Aku tidak akan melupakan,
Aku tidak akan memutuskan..
Persahabatan yang terjalin antara kau dan aku..
Masih ada sedikit keraguan,
Dari tingkah lakumu......

Masa melaju......
Tugas aku membenani hidup ku..
Kau dan aku kian jauh,
Dipisahkan dengan waktu..
Walau aku tidak pernah berniat untuk melupakan..
Kita ditemukan semula atas desakan.....
Kau selamba..
Aku beraksi biasa..
Tanpa aku dan kau sedar...
Pertemuan kali ini,
Bakal membawa sengketa.....
Tak ku minta ia.........

Kau salahkan aku,
Kerna tidak percaya dengan kata-kata kau..
Mungkin benar kata kau itu,
Segalanya salah aku..
Tapi, tidak ku terpikir untuk melupakan mu..
Cuma, aku selesa bersama teman baru....................
Salahkah aku??????

Akhirnya,
Kau tinggalkan aku..
Perlu apa lagi aku merayu?
Kembali pada ku?
Kerna kau yang mahu,
Melupakan aku..
Sedang tiada kau faham perasaan aku..
Salahkah aku??
Salahkah aku???
Mungkin benar tindakan kau itu..
Pergi..... menjauhi aku,
Lalu.. ku biarkan sahaja..
Tak bisa berkata apa-apa..

Curious?? ♥ Read More... ♥

November 13, 2009

RASA INI

Aku tidak minta menyintaimu
Aku tidak minta merinduimu
Aku tidak minta menyayangimu
Aku tidak pernah meminta..
Semua perasaan itu!

Aku tidak minta untuk cemburu,
Aku benci perasaan itu..
Tapi aku sering di buru..
Rasa rindu,
Rasa keliru..
Rasa cemburu..
Rasa ingin tahu!
Semua perasaan itu,
Bersarang di benak fikiran ku..

Bisakah kau mengerti rasa ini?
Menyayangimu separuh mati..
Kesakitan ini..
Bilakah akan berhenti?????

Curious?? ♥ Read More... ♥

November 11, 2009

SEMALAM DI MPH




Semalam saya candid gambar saya sendiri.. Waktu ni on da way nk g Jusco.. huhu.. Waktu ni tak make up.. tp bile smp jusco.. wani kate.. dia nk make upkn saya.. kat depan kfc plak tu.. dan ini lah hasil nya.. haha.. lawak...

Picture past wani make up.. tu pun ckp sikit je.. sebab wani tau, sy tak suke make up.. kalau tebal mmg saya da padam ar.. hahah... adoi.. bersungguh wani ek..huhuhu..... tak ok.. tak ok... hahahha... ape2 pun.. thx wani ;-)



Curious?? ♥ Read More... ♥

November 8, 2009

Quises

Curious?? ♥ Read More... ♥

WOW...... hahahha




Curious?? ♥ Read More... ♥

November 7, 2009

Sakit Pale

Semalam seharian tak makan. Makan roti anis beli waktu kat makmal.. tu je.. past tu tak makan... huuhuhu... mmg rase lapar.. sakit kepale.. tension.. semua ade.. adoi.. tak tau nk ckp ape..
Rumah tak de org.. housemate smua tak de.. so tido umah kak ida.. malam2.. kejut sis.. nak panadol.. tak tahan giler sakit pale.. past tu.. sis tak jage2... adoi.. berape kali kejutkn sis.. coz tak tahan sgt.. ermmmmmmm
Pagi tu baru sis bgn.. n makan ubat...

Curious?? ♥ Read More... ♥

November 6, 2009

BLOG MENARIK!

Salam kawan2.. mari2.. lawat blog adik comel sy ni.. umur baru je 14 tahun..... tp sgt pandai berpuisi.. bercerita.. dan sebagainya la.. mari same2 lawat blog dia sini

Curious?? ♥ Read More... ♥

Quiz again


Curious?? ♥ Read More... ♥

KENAPA???

Aku ingin memekikkan,
Tapi aku tidak bisa berkata..
Aku ingin menjeritkan,
Tapi aku tidak bisa bersuara..
Aku ingin meluahkan,
Tapi aku kehabisan bicara..
Aku ingin melafaskan,
Tapi lidah ku tidak bertenaga..
Kenapa, mengapa?
Kau sakiti hati..
Yang tulus menyayangi..
Kenapa, mengapa?
Diri ini tidak bisa mempelajari..
Tidak pandai mencurahkan,
Hanya bijak memendam..
Sedang luka menjadi nanah,
Kerna diri sendiri bisu,
Redha sahaja dengan apa yang berlaku..
Tak suka memburu,
Tak suka di ganggu.....
Lalu, aku ingin lepaskan semua itu..
Kerna, hati tiada lagi ruang,
Untuk di guris luka..
Hati kini penuh dengan darah..
Luka merata-rata..
Aku ingin hentikan..
Aku ingin pulihkan..
Sekeping hati ini...
Yang kian parah cederanya!

Curious?? ♥ Read More... ♥

From my facebook

Wani sll ckp 'kalau jumpa liza time sedih.. mesti tak jadi sedih.. ketawa adelah' huhuhuhu..... hope i can always make others laugh n happy... whether it hurt myself.......


Nur took the what do people first notice about you? quiz and the result is your laugh
When people meet you for the first time, they can't help but notice your laugh! Even when people are feeling down, you have the ability to brighten up their day with that wonderful laugh
of yours!

Curious?? ♥ Read More... ♥

TAK TAU TAJUK APE.. AMBIK MANE NTAH

Menjadi sebuah persahabatan yang terjalin sekian lama tidak sesukar membina sebuah persahabatan yang baru.Sudah pasti dua orang sahabat itu sudah terlalu mengenali sifat dan hati budinya.Walau sahabat baik marah dengan perkataan kasar sekalipun, seandainya orang lain yang mendengar pasti akan terhiris hatinya tapi kawannya pula boleh bersikap selamba.Ini adalah antara kesetiaan dalam persahabatan.Terluka dengan kata-kata tidak memberi apa-apa makna,mungkin hati kita tercalar tapi kesetiaan akan mengikat perhubungan.

Tapi setia tidak bermakna kita boleh melakukan sesuka hati pada sahabat kita.Perasaan orang harus dijaga,lebih-lebih lagi terhadap orang yang kita sayang.Membina sesuatu persahabatan yang kaya dengan nilai kesetiaan memerlukan keserasian.Keserasian tidak bermakna mempunyai minat yang sama atau kata orang geng satu kepala.Keserasian boleh terbentuk pada dua orang sahabat yang berlainan benar sikapnya.Salah seorang mungkin kasar dan seorang lagi lemah lembut boleh menjadi sahabat baik seandainya mereka serasi.

Dalam hidup saya sendiri,bermacam ragam kawan yang sudah saya temui.Dan pengalaman itu walau ada yang suka atau yang duka,saya sentiasa menerima dengan lapang dada,walaupun ia mengambil masa yang agak lama dan ada di antaranya meninggalkan parutnya yang masih berbekas di jiwa.Siapa yang tidak kecewa bila persahabatan dikhianati , kesetiaan dinodai.Untuk terus berdendam, ia tidak memberi sebarang erti.Maafkan mereka itu yang lebih bermakna.

Terimbas kenangan sewaktu saya mula mengenali seorang rakan baik atau yang lebih specific merupakan junior saya sewaktu di kolej dulu.Perkenalan kami hanya bermula dengan satu pertanyaan.Betapa saya gembiranya mengenalinya.Oleh kerana saya merupakan jenis orang yang agak susah menegur orang lain terlebih dahulu, telah menjadi sifat sya untuk menghargai teman-teman yang datang untuk memulakan persahabatan mereka bersama saya.

Jarak usia tidak pernah memisahkan sebuah perhubungan.Saya tidak memerlukan mereka dengan menghulur sepuluh kebaikkan.Tegurlah saya sekali,dan bagi saya itulah kebaikkna yang saya cari.Untuk saya pulangkan sepuluh kebaikkan itu memang cukup pasti.
“Adik dah tahu siapa sayakan?Kisah hidup saya selama ini.Apa yang adik rasa?”
“Saya tak kisahlah akak”
“Masih tak kisah walaupun ada yang negative”
“akak ni terlalau banyak sifat +venya,kenapa perlu saya ingat satu yang negative tu untuk keruhkan persabahabat kita?”
“Saya Cuma inginkan kepastian”
“Dan saya juga cukup pasti dengan kata-kata saya”
“Adik tahukan , sebelum ini hati saya pernah disakiti oleh seorang junior seperti adik juga?Saya Cuma salah sangka kepadanya,tapi akhirnya saya dah minta maaf.Berkali-kali saya hubungi dia,berpucuk surat saya layangkan,tapi dia tetap juga berdiam”
“Saya bukan jenis mudah lupakan sahabat akak.Saya jenis yang setia…percayalah”
“Bukan saya tak percaya dik,tapi saya takut kisah lama berulang”
“setiap yang datang pastikan pergi,yang berlalu biarkan sahaja begitu.Mulakan episode baru akak, saya pasti tidak sepertinya”
“Betul ke ni,janji yang adik akan ingati saya sebagai akak dan senior adik selamanya?”
“Saya janji akak”
“Akan saya ingati janji adik itu”

Bibir menguntum senyum betapa gembiranya hati sebuah janji setia telah terpatri saat itu dua hati mula bertaut,seorang kakak dan adiknya.Tempatnya bermanja,meluahkan kesusahan dan keperitan.Masalah belajar juga tidak ketinggalan telah dijaga hatinya dengan sehabis jiwa memberi dan menabur kebaikan material walaupun hanya diberi janji kata-kata.

Kasih sayang tidak pernah teruji.Sehinggalah jarak mula memisahkan sebuah perhubungan antara adik dan kakak.Tiada panggilan untuk bertanya sihat atau tidak setiap pesanan ringkas tidak berjawab.Dan hati sudah mula berkocak.

Debaran apakah ini?Tangisan menghiasi dinihari.Setiap malam bermimpi ngeri memikirkan sebuah janji yang tidak pernah terdetik di hati untuk dimungkiri telah saya berikan sebuah kesetiaan kepada persahabatan kami, telah saya curahkan segala kasih sayang yang tidak berbelah bagi.Namun akhirnya saya hampa dia melangkah pergi tanpa sebab yang jelas.Tanpa menyatakan perasaannya dan sebab yang lebih specific.

Ingin sekali saya melontar satu pertanyaan padanya,tapi lidah ini pula kelu untuk berkata-kata.Ingin saya nyatakan padanya yang kasih sayang saya padanya yang tidak pernah surut tapi mulut ini pula tidak mampu untuk menurut.Sehingga kini saya masih setia menunggu agar hatinya berubah, tidak jemu menabur kebaikan walaupun yakin ia tidak akan diendah.

Janji memang senang dilafas…memberi satu harapan yang tinggi untuk satu sebuah persahabatan yang baru dibina.Beginilah sikap makhluk Allah yang bernama manusia,gemar berjanji setia pada yang satu,tapi hakikat mereka sebenarnya mereka terburu-buru.Memberi harapan seawal perkenalan, tanpa memikirkan risiko yang mengundang.Sebenarnya ia lebih kepada kebimbangan kerana takut kehilangan…sebuah janji diucap tanpa berpikir panjang.Akhirnya bila hati sudah tidak mahu,ditinggalkan teman termanggu-manggu.Kini sudah setahun lebih kisah itu berlalu.Perit dan pedih hati sudah terubat.Tapi kesetiaan saya pada persahabatan kami tidak pernah sekali-kali berubah.

Melepaskan insan yang pertama kali pergi dengan hati yang rela andai itu sudah kehendaknya adalah lebih baik dari meratap berduka cita.Cinta tidak semestinya berbalas dan kasih sayang juga tidak semestinya sentiasa bertaut.Terimalah sesuatu perpisahan dengan harapan sebegini, hati yang pedih dan perit pasti akan kembali lapang.Yang penting kesetiaan bukan hanya dibibir.Serlahkannya dengan menerima sesuatu perpisahan tanpa melupakan insan tersayang.Kita tiada kuasa untuk memaksa mereka menerima kasih kita dan kita juga tiada punya hak untuk menyalahkan,mencaci,mencerca dan memarahi mereka atas satu perpisahan dan janji yang telah dimungkiri.Tapi kita berhak pada kata-kata kita.Kita perlu jujur pada diri kita sendiri.

Pertahankan sebuah janji untuk terus setia menyayangi….

Curious?? ♥ Read More... ♥

TAK FAHAM

Aku tak paham..
Bila aku ingin pergi..
Kenapa kau halang aku..
Tapi,.. kau bohong aku..
Apa mahu mu?
Kau kata, kau sayang aku..
Tapi sayangkah jika menipu??
Mungkin perlu aku beritahu mu..
10 senarai perkara yang paling ku benci..
Agar kau tahu..
Aku sangat marah bila di tipu!
Kau tidak mengenali aku..
Aku sentiasa tahu..
Walau kau cuba menyembunyi..
Tapi ku tahu semua yang berlaku..
Apa mahu mu?
Sebenar-benarnya dari ku?
Tak bisa ku bersuara..
Kerna ku kehabisan kata-kata.......
Y pasti.. aku tidak boleh berdepan dengan keadaan ITU

(Ini adalah posting sy yang dulu.. paste kat sini..)

1) Makan OBAT!argh...jauhi smua benda2 kecik y menggerunkan itu dari aku!
2)SUNTIKAN!ee..pendek kate..tak suke jumpe doktor!
3)XSUKE buka penutup tong sampah!kadang2 letak je sampah atas penutup tong sampah tu..
4)BAGUN PAGI!erm...bagi ler aku tido lagi..sekejap je..at least smp tengahari..hahahahaha...
5)EXAM!adoi..nak kena study ler nampak nyer......

6)NAK PUJUK ORG!TAK SUKER GILER!

7)MENUNGGU..satu perkare y membosankan dalam hidup
8)xsuke diarah n dsuruh.Hidup ini BEBAS ler...
9)Minta maaf..adoi..beratnyer...
10)PALING BENCI PENIPUAN!SEKALI DITIPU WPN SEBESAR ZARAH..XAKAN ADA LAGI KPCAYAAN KAT ORG TU!

Mungkin berbohong sekali sekala adalah perkare y terbaik(bagi tujuan y baik je ler mcm tak nak dia kecil hati dengan kenyataan o sebagainya)Properly used, no one will get hurt and u can move on. It is in our nature to use these 'devices' to please and if she/he is none the wiser,why stop? Anda harus ingat..skali ditangkap menipu,bkemungkinan sukar mdptkan semuala kepercayaan daripadanya untuk kali ke DUA!

Curious?? ♥ Read More... ♥

November 5, 2009

Jangan Pernah

Jangan pernah kau berpaling lagi..
Setelah kau sendiri yang pergi..
Jangan pernah kau kembali..
Setelah kau sendiri yang menamatkan hubungan ini..
Jangan pernah .............................
(masa tulis puisi ni.. tibe2 tak de mood.. terberhenti.. )

Curious?? ♥ Read More... ♥

How Will I Die?

Yesterday.. i'm running.. running.. n running.. but suddenly.. i fall! HURT! BROKEN! ~ too sad to be me :-(



How will you die? quiz and the result is You'll jump from a building...
I've been there my friend... just last week i was on top of the empire state building

Curious?? ♥ Read More... ♥

November 4, 2009

Jatuh!

Ku berlari.. berlari.. berlari.. tiba2 ku terjatuh hari ini.. SAKIT! SAKIT! ermmmmm

Dulu aku kau puja
Dulu aku kau sayang
Dulu aku sang juara
Yang slalu engkau cinta

Kini roda telah berputar
Kini aku kau hina
Kini aku kau buang
Jauh dari hidupmu
Kini aku sengsara
Roda memang telah berputar

Reff:Mana janji manismu
Mencintaiku sampai mati
Kini engkau pun pergi
Saat ku terpuruk sendiri
Akulah sang mantan
Akulah sang mantan

Sakit teriris sepi
Ketika cinta telah pergi
Akulah sang mantan
Akulah sang mantan

Mana janji manismu
Setia sampai aku mati
Kini engkau pun pergi
Saat ku jatuh dan sendiri

Curious?? ♥ Read More... ♥

Hati

Sakitnya hati..
Bila ia terjadi..
Sakitnya hati..
Pabila ingin mengakhiri..
Sakitnya hati..
Bila di perlaku sebegini..
Sakitnya hati..
Ingin ku menyembunyikan diri...

Curious?? ♥ Read More... ♥

Keputusan

Setelah di timbang balik.. keputusan telah diadili.. lebih baik ku menyepi

Curious?? ♥ Read More... ♥

.........

Aku buntu..
Aku keliru..
Aku celaru!
Resah dan binggung membelenggu!
Bebaskan aku..
Dari segala kemelut itu!
Dari ikatan-ikatan masalah yang kelabu..
Ada apa dengan ku???
Sehingga sering kamu begitu?
Lepaskan aku..
Bebaskan aku..
Biarkan aku..
Sendiri menjalani hidupku..
Bukan membenci kamu..
Bukan tidak menyayangi kamu..
Bukan ingin menyakiti kamu..
Mungkin hanya ini yang terbaik untuk kamu dan aku..
Jika waktu bisa di undur ke masa lalu..
Teramat ku menyesali segala yang berlaku..
Maafkan aku..
Itu sahaja yang bisa ku pinta dari kamu..

Curious?? ♥ Read More... ♥

AKU INGIN SENDIRI

Ku ingin hidup sendiri.. tanpa sesiapa di sisi.. boleh ke?? Tak mahu lagi menyakiti.. tak mahu lagi ade rasa benci pada diri sendiri.. tak mahu lagi rase tertekan... setiap ape y nk di buat.. perlu di pertimbangkn byk kali.. setiap ape y berlaku..... memberi kesan pada diri ku.. rasa.. diri ini terlalu teruk! ermmmmmmm........... salahkahku?????? Lalu.. kepada semua.. bolehkah benarkan ku hidup sendiri? berjalan sendiri di dunia ini.................. tak mahu menyakiti dan disakiti lagi.. cukuplah dengan segala kesilapan dan dosa yang di tanggung selama ini.. Maafkanku..

Curious?? ♥ Read More... ♥

Kawan Baru ~ Noi

Ade sorg kawan baru.. Panggil dia Noi.. erm.. best kawan dgn dia ni.. erm.. tak tau ar.. baru kenal.. baru je berbual2.. baru serba serbi.. tp rase best.. ermm... sape org tu?? ini dia..
Tak byk tau lagi pasal dia.. tp so far.. best bual2 dgn dia.. n lucu! huhu..

Curious?? ♥ Read More... ♥

November 3, 2009

Pabila Sudah Meminati ~ SOALAN


Erm..... kelmarin ade someone ni.. meluahkn perasaan kat sy.. kononnya dia minat kat sy.. huuuuuuuuuuuuu..... nearly 2 years dia cari sy.. ish..... ye ke????? (percaya ke tak? percaya ke tak? hehehehehe) ....... ermm.. ape perlu di lakukan bile seseorg da terminat ek? dia kate.. sejuk je bile pandang sy.. erm.. muke sy ni ade ais batu kot.. tu y sejuk je.. huhu.. tp bile kawan mcm tu.. ape perlu dilakukan ye?

Erm.. lagi.. lagi.. lagi.. tibe2 rase rimas dgn si Tamim ni.. huuuu.. knp? ye ar.. dok tenung2 sy plak.. ish... tak paham ar.. geram tol.. dok sy khusyuk tgk student present.. dia plak..... adoi.. sy tegur dia.. why?? what is your problem? tak tau ar...... da geram gak kot. erm.. ntah muke sy ni ade magnet kot.. sbb tu mata dia dok nk melekat kat muke sy ni je.. ape ar.. rase rimas pun ade.. n dia sll ckp.. 'you're crazy' huhuh.. in a good way.. ish.. ade ke crazy in a good way? hhuuu. tak pahamm.. tp terkejut gak.. dia dok explore smua pasal sy dlm facebook.. erm...

Dan bila ada seseorg y tidak di kenali nombornya.. memberi sms berbunyi begini 'sy nk ajak awak temankan g tgk wayang mlm ni, awak free x?' mcm mane pula? ape y perlu di balas?? berpikir.. terpikir.. ermmm

Apabila ada y terasa.. merajuk atau sebagainya.. mcm mane pula? terasa ada y lebih penting.. terasa dia abaikan.. terasa......................... apa2 je.. mcm mane pula??? bila hati sering di sakiti.. adoi....... lebih byk soalan berbanding jawapan.....

Curious?? ♥ Read More... ♥

Berlari......

Huuuuuuuuuuuuuuuu....... meletihkan...... Last nite.. sy tido.. awal sgt2.. smp pagi tadi........ tak bgn2.. erm.. letih sgt ke? erm.. tak tau ar.. y pasti.. tak buat satu kerje pun mlm tadi.. huuuuu

Hari sabtu gerak g Muar.. ada tournament futsal kat Muar.. erm... Ahad ptg baru smp umah.. huhuhuhu.. mcm2 nak cerita.. tp byk sgt ar plak.. huhu.. antaranya. Khasbeb tel sy.. coz sy tak balas sms dia.. erm.. byk y dibualkn.. then, terjumpa Coach Nash.. da lame tak jumpa.. past tu.. ape lagi ek.. jumpe Girl, Anim.. ramai ar lagi..

Sibuk berlari.. kejar due date sane sini... erm.. berusaha mencapai kejayaan y lebih lagi...... mampu ke badan ini menanggung ye? huhuhu..

Curious?? ♥ Read More... ♥

October 30, 2009

Will be back next week

Hii frend... i'm going away until next week.. will be back soon! so keep looking for my updates ya.. take care!

Curious?? ♥ Read More... ♥

October 29, 2009

PEN HITAM

Pen... argh.. benda ni asyik menjadi igauan sy je baru2 ni. Kenapa ye? Mula-mula sekali.. erm.. teguran daripada Mas (housemate sy la).. Masa tu mas minta sign sy kat novel sy.. then.. sy kate.. sy tak de pen.. Mas kate.. macam mane penulis boleh tak ade pen ni. Then sy jawab la.. sy mmg penulis.. tp sy menaip.. hehe.. Mas suruh sy cari jugak pen.. so akhirnya ade ar jumpa.. satu pen DIGI CAMPUS..

Then, hari ini.. Syazad dtg tmpt sy.. dia nak tanya soalan.. tanya punya tanya.. dia minta sy pen.. utk ubah dia punya diagram mengikut apa y sy kata. Saya marah la dia.. sy kate sy tak de pen.. sy kate.. dia pinjam pen sy.. dia y ambil.. smp sy tak de pen.. sy da bising2 marah dia.. suruh pulang pen sy.. dia kate sy mmg da pakai seluar (pants).. ish2.. geram.. so sy pun marah ar dia.. sy kate.. g ambik pen kalau nk belajar dari sy.. huhu.. so dia pun g ar ambik pen.. huhu.. sabar2.. pen.. pen.. pen.. ade sape2 nk hadiahkn pen tak?? haha (minta lagi.. ish2..)

Tibe2... tgh2 dok buat keje.. neighbour sy dtg.. ish.. terkejut! dia dtg tanya...... nak pinjam pen hitam...... wargh.. dia tak dengar ke sy da mengamuk2 tadi pasal pen? huuuu.. sabar2.. muke sy da merah da time tu.. sy dok cari2.. neighbour sy ni dok tunggu smbl gelak2 kecik.. sy tibe2 igt.. mase past sign novel sy y Mas beli tu.. sy simpan kat dlm beg.. sbb Mas kate penulis kena ade pen setiap mase.. so sy pun cari2.. tp tak jumpa.. sy kate kat neighbour sy.. tak de ar.. dia pun pg.. tp then.. eh.. pen.. so sy panggil neighbour sy tu balik.. bg dia pen.. ermm..... mase tu bgtau si pies pasal benda ni.. huhu.. sbb tgh malu da.. tak tau ar muke sy merah mcm mane time tu.. sy tunduk je....... arghhhhhhhhhh...... past tu.. neighbour sy pulang balik pen.. dia pusing je sy tgk dia gelak2... adoi.. segan ar plak.. erm.. so sy intai dia.. dia kuar.. huuuuuuuuuuuu...... selamat..

So sy pun simpan pen tu.. incase ade org tanya lagi.. sy da prepare.. tp kisah pen ni... erm.. byk sgt ar.. tp tak de mase nk tulis plak.. huhu.. nnt ar.. cite terakhir ni sebelum sy mengundur diri buat seketika... jage diri ye kawan2... n buat neighbour sy tu (dia bukan tau pun pasal blog ni.. ish2) kalau nak pinjam pen lagi... ckp je warne ape.. biru, merah.. hitam.. coklat.. putih.. semua ade.. (haha.. td sy ckp kat dia.. liquit ade ar.. ahahhahah..) ok la.. buat Mas.. ape sal tutup pintu tu?? ish2.. hari ni Mas masak kari ayam! Sedap......... ade sape2 nak order? tel no ni 019-4573883 (dpt tak? hahahah) utk Anis plak.. wargh.. ko bg link adik Faizal Tahir je ke? nak y tadi tu.. ala.. y pakai topi pengakap tu.. bg ar.. link nye.. nak.. nak.. (eh.. ni ucapan utk housemate ke ape ni? huhu) sudah la.. bubai............... ;-)

Curious?? ♥ Read More... ♥

Not Feeling Well ~ ADoi

Serious! Hari ini pertama kali berlaku dalam hidup ku.. argh...... tolong la.. tak tahan dah!.. ermm.. tak leh nk tido pun ni.. sakit ar plak rase.. erm...

Pagi2 g lab mcm tak nak g je sebenarnya.. Duduk tak leh nk wat ape.. gayut dgn huda.. erm.. huda.. huda.. sekali ade benda menarik perhatian kami.. huhu.. hari ni asyik gayut dgn huda je.. smp hs org tu asyik mati bateri je.. ish2.. nasib baik la sy dpt call free.. boleh gayut lame.. huhu.. tp org tu.. dpt call free.. skali je dia call sy.. teruk.. teruk.. hehe.. sape org tu? huda ar.. hahaha

Past tu.. mmg da tak tahan.. bgtau Anis.. n Wani.. nak balik.. tak tahan ar.. tak leh wat keje pun.. erm.. then.. tak jadi balik terus.. ade perkara penting kena wat.. tp.. tak larat sgt2.. adoi.......

Dan hari ni......... mmg buat sy rase... TAK LARAT!

Curious?? ♥ Read More... ♥

October 27, 2009

MENGIDAM


Erm.. ini adalah zodiak sy utk bulan ini. Huuuuuu... mase tu bace kat mph.. terus sy teruja.. knp ek? huhu.. tentang menjadi perantara antara kawan lama dan kawan baru tu.. mungkin betul.. sbb skrg ni ramai kawan da.. terutama sekali dari FaceBook.. terlalu aktif sy dgn Facebook smpkan blog sy ni mcm da sy abaikan.. uhuhhu... tak patut.. tak patut..


Akademik / Karier tu.. erm.. pisahkan ek? ye ar.. tp mmg susah nk bersikap professional ni.. sbb sy ni bias sikit org nye.. hehe.. ape2 pun.. i will try.

Wang! Bab ni y buat sy suke.. smp sy snap pic zodiak ni. Erm.. "sesekali perlu ikut naluri snd" wah.. nak3.. nak ikut!!! huhu.. sebenarnya tgh mengidam kat sesuatu.. da lame mengidam sejak ia dikeluarkan di pasaran Singapore lagi.. erm... dah lebih 4 bulan dok mengidam.. erm.. tp masih tak dpt2.. Huhu.. ape y saya idamkan tu ek???? cube teka... huhu.. adalah Nokia N97 .. Hs y lengkap dgn kehendak sy.. reka bentuk y menarik perhatian dan juga.. NOMBOR KEGEMARAN SY! wah... fallling.. falling... bentuk nye y menarik.. tertarik... mmg sy da lame terjatuh cinta da... cume......... ade sape2 y nak derma kat sy tak?? bg ar duit sikit.. boleh sy beli.. hahahahha... Inilah hs pujaan hati ku... huhu..

Hari tu bual2 dgn Mas (housemate sy tu ar).. ckp kat dia.. kalau ar org dtg melamar sy dgn hs ni.. terus je sy terima dia.. haha.. gurau2 je time tu.. tp mase bual2 dgn mas tu rase kelakar je.. hehehe.....

Cinta..... erm.. rakan sekelas atau sekerja? sape ek nk buat sy jatuh cinta? tak de kot.. sbb da jatuh cinta dgn y kat atas ni... kulit putih.. bentuk menarik.. kegunaan y pelbagai.. nama y menarik... mmg da falling in love.. tp tak akan dpt pun.. so buat tatapan mata je boleh ar.. utk memiliki tu.. tidak mungkin..... :-(

Curious?? ♥ Read More... ♥

Dah Smp Lupa Hari

Minggu lepas.. ntah macam mane sy btol2 da lupe hari.. ermm.. mcm ni ceritanya.. Sy waktu jumpa Ayu dan Syazzad.. nk minta laptop y sy bg kat diaorg.. sy nk buat demo.

Saya : Ayu, Syazzad. Bring your laptop tomorrow. We do installation. Thursay, everything will be ok. Try demo and set up. Friday we have to pre-demo to Dr. Sharifah. And Saturday, demo to CEO Mimos

Ayu : Tomorrow bring our laptop? Okay2..

Saya : Yes. Tomorrow we doing installation and etc. Thurdsay start doing the integration part and all the demo's project.

Ayu : Thursday? Tomorrow is Thursday

Saya : Hah? Jangan main2 la (dah start ckp BM)

Ayu : Betullah. Hari inikan hari Rabu. Esok Khamis. (Sy da blur.. terdiam sekejap berfikir)

Saya : Ish.. jangan main-mainlah. Serious ni. Hari nikan hari Selasa. Esok Rabu. Esok install semua ar.. Khamis da kire ok ar buat semua integration part tu..

Ayu : Hari ni hari Rabulah. Rite Syazzad? Today is Wednesday rite?

Syazzad : Yes..

Saya : Biar betul????? Adoi!!!!!!!!!!!! Hari ni Rabu ke?? Adoi (Sy dok pening2 da..) Serious! Kite ingat hari ni hari Selasa. Dah set dlm mind da.. nak buat ape lepas ni n so on. Ish.. hari Rabu da ke? Adoi.. Sempat ke ni????

Mase tu saya da blur2... mcm mane sy boleh lupe hari plak ni??? Erm......

Curious?? ♥ Read More... ♥

SAYANG VS CINTA

Smlm ada someone sms sy. Tanya soalan ini " APE BEZA CINTA DAN SAYANG?" .. bila dpt soalan itu, sy tergelak snd.. dan sy reply kat org tu dgn pertanyaan dan bukan jawapan y saya beri. Sy tak dpt nk komen ape2.. then.. sy tanya dia, apa pendapat dia ttg cinta dan syg.. dan ini adalah jawapan dari dia :

Syg tu sbb bersebab kot.. sbb sudah lama bersama.. sbb pengorbanan, layanan, sikap, dan sewaktu dengannye.. Cinta plak buta, ape yang seseorg tu lakukan, semuanya nampak baik.. xnampak keburukan.. tak sanggup kehilangan, sanggup buat ape je. Cinta boleh buat kite menangis.. kite suka perhatikan dia..

Erm.. itulah jawapan dari dia.. Pendapat dia.. Setiap org mempunyai pendapat yang berbeza tentang sayang dan cinta.. jadi pikir2 la ape pula pendapat anda semua.. hehe

Curious?? ♥ Read More... ♥

Unknown Number

Baru2 ni ade satu cerita.. erm.. ntah macam mane... ade satu nombor unknown ni.. dia dok sms2 sy.. erm.. bukan nombor unknown dari peminat novel sy ye.. tp nombor y tak di ketahui lain.. huhu.. Y pasal lelaki call sy n ckp dia peminat sy tu.. ermm.. bukan sy nk marah org nk jadi peminat novel sy n nak minta autograf sy ke ape ke.. tp org y memberi nombor telefon sy tu la.. sepatutnya tanya la sy dulu.. bukan main bg je. Ape2 pun.. terima kasih kat lelaki y sy tak tanya name tu.. terima kasih beli novel sy.. nnt sy akan sign novel tu.. jgn risau.. dan terima kasih jadi peminat sy (mcm perasan plak).. harap kamu terus sokong setiap karya sy..

Dan berbalik pada nombor y tak di kenali tu.. dia call dan sms sy.. erm.. pelik.. then.. speaking je.. da terpikir seseorang..tp nombor tu nombor Malaysia.. ermm... MOMY.. tu name gelaran sy panggil dia.. name sebenar dia Mohammad Khasheb..

ermm.. sorg kawan sy.. dia ni penyanyi.. berasal dari Yemen.. ermm... da lame kawan dgn dia.. dan skrg dia da ade kat Malaysia.. dia nk jumpa saya.. uhuhuhu.. segan plak rase.. huhu.. dia kat kedah skrg ni.. tp nk turun Johor jumpa saya.. sbb lepas tu dia akan terus kat KL.. huhuhu.. tgk la mcm mane nnt.. by the way.. ni link waktu persembahan dia.. huhu SINI


Tadi dia bgtau.. best cousin dia meninggal hari ni.. ermm.. takziah sy ucapkan.. dia penah duduk Malaysia selame beberapa tahun.. study kat sini dan nasyid kat sini.. so dia boleh paham Bahasa Melayu sikit2.. huhu..

Curious?? ♥ Read More... ♥

DONT ASKED FOR MORE!

PLEASE...... KEPADA SESIAPA AR Y TERASA KE.. TAK TERASA KE... JUST NK CKP.. "DONT ASKED FOR MORE!" THANK YOU

Curious?? ♥ Read More... ♥

October 25, 2009

JANGAN!


Jangan meminta aku itu dan ini,
Kerna tiada apa yang bisa ku beri,
Jangan mengharap akukan menyayangi,
Kerna aku tidak punya hati,
Jangan menaruh harapan y tinggi,
Kerana kepercayaan telah kau hancuri,
Jangan menanti sesuatu y tidak pasti,
Kerna aku lebih suka hidup sendiri...

Curious?? ♥ Read More... ♥

Cerita ttg hari y sgt teruk!

Sakit pale.. sakit pale.. sakit pale!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Argh... ini semua gara2 ROKOK!!!!!!! I hate it!.. erm.. tak tau ar.. sy mmg alergi dgn asap rokok ni.. Kena sekali boleh buat sy menanggung kesakitan sepanjang hari. Erm...

Cite nye mcm ni.. Dgn hari y penuh dgn aktiviti.. hari ini salah satu aktiviti g tgk perlawanan futsal (staf2 kerajaan between negeri). Mase g tu dah smp separuh akhir.. tgh2 nk tgk tu.. ade plak sy detect asap rokok.. dari belakang sy. Erm.. sy da kipas2 da.. tutup2 hidung n so on dgn harapan org y hisap rokok tu sedar la sikit. Sis, K. Ida, n smua ar kawan2 sy y lain da tak selesa.. bayangkan ar.. kami dlm statium tertutup y pasang air corn. Bau mmg tak tahan. Kami da pandang2 belakang.. da byk bagi hint. Last sekali sy mmg da tak tahan da.. lame plak tu.. adoi... mmg tak tahan da.. sis pun kate da sesak nafas da. Diaorg ni mmg kurang ajar ar.. sy pun ape lagi.. "Boleh tak tolong jangan merokok dlm stadium tertutup ni" sy mulekan dgn sopan ar.. tp diaorg balas dgn ketidak sopanan. INI ADALAH PASUKAN DARI MELAKA! Team lelaki. Kurang ajar nyer. Awak tu bersukan.. cube la mengamalkan gaya hidup sihat. Kalau tak pun.. cube ar hormat org lain. Org y sah2 lebih tua ade kat depan mase tu.. masih lagi dok mempertahankn diri diaorg.

Sis da bising gak.. kami balas membalas.. Rase nk je bgn g tumbuk muke sorg2 laki tu. Kurang ajar. Kesian mak bapa diaorg dapat anak y kurang ajar mcm tu.. ish2.. kesian2.. Past tu.. boleh plak ckp kiteorg ni tuan rumah ar.. ape ar.. sis kate kat sy.. ckp ar.. bukan org johor.. sy malas da nk layan. Dah mmg sakit kepala sgt2.. adoi.. Bygkn dgn sis pun diaorg boleh lawan. Ish.. tp perkara ni buat kak Ida pelik. Dia kate tak sangka sy boleh marah. Ye ar.. sy ni kan mmg susah ar nk marah org.. huhu.. so mcm pelik ar.. Huuhuu.. ntah ar.. maybe da tak tahan da.. sbb sy mmg alergi asap rokok. Kalau rase bau busuk tu tak pe gak.. tp ia akan buat sy sakit kepala.. tu y tak tahan tu.

Lepas tu.. nasib baik ar diaorg ok. Erm.. tp y buat hal plak team y bermain masa Final. Team lelaki final pertemuan antara SELANGOR dan KL. Mmg pemain KL sgt2 hebat! Terpegun dgn aksi diaorg. Mase tu y jadi pengadil, JB. Erm.. ntah macam mane.. mase gol ketiga, team selangor terus sepak dari tengah tanpa pihak lawan bersedia.. terus gol.. dan timbul kekecohan kat situ. erm.. JB sy tgk da serba salah.. adoi.. sian plak tgk JB. Dok gaduh2.. last2.. baru ar ckp.. gol di persetujui.. n so on.. terus ar bermain.. masuk separuh mase ke dua...

Mase player KL serang.. erm.. tibe2 plak.. ish..ade sorg ni sy tgk.. macam kenal..teror plak tu.. eh.. lari tujuan plak.. ok.. player KL serang.. da masuk kawasan D.. tibe2 sorg player selangor.. lari dan sliding..................... so JB pun tiup ar wisel tanda kena penalti. Dok semua player Selangor tak puas hati. Pelik ar.. diaorg ni tak professional langsung. Dah sah2 dia sliding.. past tu.. kalau tak pun.. adat permainan kena ikut dan terima keputusan pengadil ar. ish2.. da kecoh2.. lame sgt2.. stadium plak da bising2.. mmg mcm ape ntah jadinye.. ni bukan perlawanan kanak2.. Dato Bandar pun da dtg time tu.. cube ar hormat sikit.. ish2.. mcm tak de semangat kesukanan langsung.. Baru je lencana satu Malaysia di edarkan.. tp jadi macam tu.. erm.. dan paling tak dpt di terima.. coach ke.. pengurus dia..ajak balik je.. ish.. mase tu paling tak dpt terima.. patut dia ketua.. kena ar bg semangat kat anak didik.. buat y terbaik o ape2 ke.. ni tak.. ade ke ajak balik sbb tak puas hati kena penalti. Dah mmg kecoh2 smp nak gaduh2.. last2.. team Selangor pun terus kuar court.. erm.. satu stadium bising.. tak tau ar.. bertambah2 sakit kepala.. ish2.

So past tu mmg tak tau ar.. otak pun da tak leh nk pikir.. then.. terlalu byk miss call n sms di terima... sorry.. catch all of you later ok....

Curious?? ♥ Read More... ♥

October 23, 2009

MY BIG DAY!

Pagi... Dr. S telefon. Huhu.. adoi.. dia bgtau.. CEO Mimos akan dtg hari ni! Wah.. biar betol! Byk lagi tak siap! ish................... Mmg secara mengejut ar.. ermm.. Baru je mimpi pasal Dr. Sharifah pagi tu. Mimpi nye berbunyi begini (haha.. tgh relex2 ni..)

Dr. Sharifah bawak basikal.. dia carry sy (wah.. bile sy cite kat org lain.. tergelak2 semua.. sbb Dr. Sharifah da ar kecik.. ade ke nk bawak sy naik basikal.. haha).. past tu.. Dr. Sharifah kate dah tak larat.. penat.. so turn sy bawak Dr. Sharifah. Huhu.. tgh2 kayuh tu.. tibe2 terlanggar satu lubang besar. Dr. Sharifah dgn sy pun jatuh ar.. tp kami selamat.. cume dia kate.. knp ade lubang besar tibe2 kat situ.. sy pun tak tau.. huhu.. lebih kurang mcm tu ar mimpi nye.. tp pjg lagi.. hehe.. cite sikit sudah.. hahaha

So berbalik dgn cite CEO Mimos nk dtg tu.. Past tu wani plak call sy.. smua risau sy ni bgn ke tak.. haha.. ye ar.. sy kena demo. Then.. datang ar makmal dgn muke serious.. wat keje.. sy duduk kat lantai je ar.. tak cukup tmpt sy tu... sbb ade 5 laptop sy kena hadap. huuuuuuuuu.. letih.. past tu.. da ar projek tak jalan2.. da harap2 kn miracle je.. ckp kat anis.. harap keajaiban je skrg ni.. tak tau ar nk present ape sbb tak jadi2.. then.. tgh2 buat keje.. ramai gak jenguk2 tgk.. tp bak kate anis.. takut nak tanya ko.. muke tension giler.. huhu.. Mane tak tension.. student2 y patutnya tlg sy.. tak tolong pun.. sy sorg je work.. erm.. tp tak per.. think kat positive side.. huhu.. then Dr. Sharifah dtg.. dok nk tgk sy punyer progress.. bile dia dtg.. mmg miracle..

Dr. Sharifah ni da byk kali beri keajaiban kat sy tau.. erm.. termasuk kali ni.. benda tu work.. tp ade lagi ar sikit masalah.. tp masalah tu boleh selesaikn dgn cara manual.. skurang2nye.. nampak nice waktu nk demo lepas ni.. huhu.. Dr. Sharifah tanya sy 'Dah makan pagi ke?' sy pun tunjuk ar coklat kinder bueno sy kat dia.. tanda sy makan coklat tu je ar.. then dia kate.. 'pegi la makan pagi dulu.. dah nak masuk tengahari da ni'.. tp mcm anis gak kate (anis lagi.. haha).. anis dgr ape Dr. Sharifah kate kat sy tu.. Anis ckp mane la sy ni mampu berpikir soal makan time tu.. huhu. btol3.. hahaha Then, Dr. Sharifah tanya mane Syazad.. erm.. baru ar Dr. Sharifah minta student tlg sy.. tp da tghari baru dtg.. sy pun suruh Syazad susun brg2 kat tmpt y patutnya utk demo.. huhu..

Past tu, sy pn tunjukkn satu2 kat Syazad.. ajar dia macam mane nk buat smua.. ye ar.. later on dia tau ar kalau sy da tak de lagi.. huhu.. then.. baru ar rase sikit tenang.. past tu kami makan same2.. bercerita.. dok lepak sama.. bergambar.. mcm2 ar.. rase best plak........ huhu... dan hari y ceria!

Sekali tu Anis dtg kat sy n wani.. dia kate.. foreigner y selame ni dok ajak sy date tu hansem hari ni.. huhu.. name dia ni Tamim.. huhu.. Anis kate hari ni tamin pakai smart.. anis kate.. boleh ar past ni korg terus g kuar date.. Ish.. tak mo sy.. huhu.. so kami pun g ar same2 melihat kehanseman dia hari ni.. haha.. ok ar.. smart.. sy kate kat tamim.. dia tak hansem.. tamim g mgadu kat Prof Sheila.. ish2.. dan tadi gak.. mase semua prempuan tgh sibuk2 bergambar.. tamim datang.. dia nk bergambar.. past tu semua org lari.. nak bagi sy bergambar dgn tamim berdua.. sy tak nak ar! tamim tanya.. kenapa smp tak nak bergmbr dgn dia.. huhu.. last2.. wani lagi jadi mangse.. wani y kena bergmbar berdua dgn dia.. sy da mnyorok.. huhu.. sorry ar wani ek.. huhu..

Past tu.. tunggu CEO Mimos kuar.. tp lame plak.. makan2.. then org panggil sbb da ready da.. terlari2 sy nk g demo.. huhu.. sbb sy punye ar kena demo.. then.. sy pun demo ar.. tak sangke.. huhu.. bgus btol CEO Mimos ni.. erm.. then.. sy berjaya demo dgn jayanya.. Prof ckp kat CEO Mimos tu.. skrg da dpt satu student master dan satu projek dgn mimos. lepas ni just hantar thesis ke mimos.. dan semua barang2 tu di letak kat mimos.. CEO mimos kate plak... sy kena duduk dan buat dgn mimos.. past tu.. sy kena implementkan semua tu dlm real situation (Hanset.. PDA and so on).. huhu.. sy senyum je ar.. sbb sy tak akan nyer nk g wat kat mimos tu.. huhu.. mcm sape ek kate tadi.. lepas ni sy kena keje dgn mimos ar.. org penting utk projek tu. huhu.. aper ar.. tak mo ar..

Then.. bile utk y projek seterusnya.. Prof y terangkn.. ish2.. semua Prof y ckp.. tak aci ar.. sy punye projek sy plak y kena.. y lain da ar smua laki y wat.. diaorg tak present pun.. ish2.. ermm.. tak pe ar.. time tu pun da lega ar.. huuuuuuuuuuuuu.............

Ape lagi ek nk cite.. wah.. tak tau ar.. huhu.. y penting.. rase lega sikit.. adoi... boleh berbaring sekejap.. hehe

Ape2 pun.. ni beberapa pic y sempat di snap sepanjang hari ini :


Arif tgh pandang kemara ni.. huhu.. past tu ade Ismi y sedang berbual tu..

Ni Dr. Saduk (tak tau plak ejaan).. tgh berbual dgn erm.. sape ek name dia ni.. terlupe.. hehe. Dr. Saduk ni datang dari Iran.. mude lagi.. baru 30 tahun.. huhu.. dia dtg sini coz nk bg talk n so on (sgt hebat orgnye)

Kat makmal sempat lagi bergurau senda (tak tau nk coment ape sebenarnya dlm pic ni.. hehe)


Apesal Anis cekak pinggang pandang Wani? Wani ade salah ckp ke? hehe..



Kak Azizah Khusyuk menghadap weekly report.. huhu.. wani plak tak tau nape ni.. hehe



Berbincang ape ntah tu.. huhu



Wani dan Anis



Si Ismi bongek dgn Arif. Ismi tgh soal siasat harga kamera si Arif tu..



Hamdan tgh tunjuk medal kat Pn. Rozeha



Prof Sheila tgh menerangkan tentang projek 6lowpan (Ismi, Mohsin, Imran) kepada para hadirin.. hehe



Masing2 khusyuk melihat Prof Sheila terangkn sesuatu



Ni Syazad.. dia ni ala2 clon si Adnan.. big liar! hehe

Brainstorming.. huhu


Ini Location Server sy.. (satu daripada 5 laptop, 1 pc, 3 Access Point, 1 Router ~ dlm projek sy).. Anis baru je ckp ttg radiation of AP.. adoi.. sy sll gune.. ermm



Kat sini la sy demo.. meja sape ntah.. hahaha.. terus je gune tanpa kebenaran.. past tu.. pemiliknye datang.. huhu


Masih bergosip
Inilah lelaki y sering ajak sy keluar utk date.. ish2.. hansem ke dia ni? Dia ni suke ckp diri snd hansem.. ish.. paling tak suke lelaki y ckp diri snd hansem.. bile dgr je rase nak muntah.. tak kire ar sape.. even dia tu betol2 hansem pun.. tak payah ar nk ckp diri hansem.. rase mcm poyo je laki mcm tu.. eeeee..

Pemilih meja terpakse tumpang duduk kat meja neighbour sy.. huhu..



Curious?? ♥ Read More... ♥

October 22, 2009

Tingkatkan Mutu Kehidupan

Erm.. baru2 ni beberapa langkah untuk meningkatkan mutu hidup sy telah sy ambil.. huhu.. berusaha ni.. harap2 berjaya ar.. Erm, harap2 tidak terlambat utk sy ar kn.. tu ar.. manusia.. da terantuk baru nak mengagah.. eh.. bahasa apa tu? huhu.. by the way.. beberapa perkara y sy cuba ubah adalah

Think Positif ~ Apa2 pun cabaran atau masalah.. cuba fikir dari sudut y positif (erm.. ni baru je nk mencuba.. sukar sgt2.. huhu.. sll kalau ade masalah mule ar.. mcm2 ragam ade)

Jgn Marah2 ~ Wpn ramai kawan2 kate sy ni tak pandai nak marah.. tak reti marah.. kelakar kalau sy marah n so on.. tp sy rasa sy ni pun suke marah tau. Garang ar kirenye.. wpn ramai kate sy ni tak mcm tu.. sbb lawak ar kalau kate sy ni garang n so on.. tp sy tetap nk ubah gak.. tak mo marah2.. senyum je ar.. tarik nafas.. bersabar..........................

Berdiam diri lebih baik ~ Konsep ni sll gune.. tp kadang2 kalau geram tak gune gak.. so skrg ni nk kuatkn diri utk terus gune konsep ni..

Jaga pemakanan ~ Past ni nak jage sikit makanan.. bukan sbb takut gemuk ke ape.. bukan diet ek.. tp utk kesihatan. Makan still banyak (mane penah sy makan sikit.. y ni tak nak ubah.. haha).. So past ni makan lebih banyak sayuran.. minum air kosong byk2 (ni da mula da.. berjalan dgn lancar.. huhu.. bagus2.. da elak minuman2 selain dari air mineral).. kurang kn makan fast food.. erm.. (baru je dua hari tak makan.. hahaha.. keep up my good work).. ape lagi ek.. ala.. lebih kurang mcm tu ar.. eh.. ade lagi.. tiap2 ari makan vitamin.. hehe.. (vitamin budak kecik punye je sy makan)..

Kemas kini jadual y makin padat ~ Skrg ni jadual sgt padat.. dah tak seimbang da.. erm.. so cube sgt2 utk betulkn semula.. beri masa utk karier (novelist).. beri masa utk study (project n buat thesis.. CEPAT SIKIT!).. masa utk futsal (enjoy riadah dan bersenam).. masa utk rakan dan kenalan di facebook dan blog (termasuk utk promotion ar ni.. hehe).. so skrg ni mmg agak padat.. n kadang2 rase letih sgt................................. keep going!

Ape lagi? erm.. tak leh panjang2 sgt.. huhu (mase terhadap.. huhu)... esok catch up lagi.. daaa

Curious?? ♥ Read More... ♥

Indahnya Ciptaan Allah S.W.T sehingga ku terlarut mencintai

Terjatuh cinta saat pertama kali memandang.. adoi.. tertarik, menarik, kau memang the bom! huhu.. (kan bagus boleh tgk real.. nk tgk je................. sedap mate memandang ;-) )

Curious?? ♥ Read More... ♥

PernahKah?????

Pernahkah kau menyedari kewujudan ku?
Pernahkah kau mengetahui perasaan ku?
Pernahkah kau memahami naluri ku?
Pernahkah kau cuba mempelajari tentang insan bergelar aku??
Pernahkah???
Mengapa kau hanya pernah.....
Menyakiti...........dan terus menyakiti..
Tanpa pernah untuk cuba menyayangi.

Curious?? ♥ Read More... ♥

October 21, 2009

Cleaning My Draft Box Again


Mencinta pada yang tidak tahu,
Merindu pada yang tidak peduli,
Mengasihi pada yang tidak ingin,
Sampai bila akan ku tanggung seksa ini???

Aku di buru,
Beberapa insan mengejarku,
Ku berlari tidak mahu dimiliki,
Walau hati sunyi tapi ku rela terus sendiri,
Kerna tidak mampu hati ini di hancuri...

Curious?? ♥ Read More... ♥

October 20, 2009

Will Be Busy

Starting from today.. i will be busy.. preparing the presentation and demo to CEO MIMOS

Curious?? ♥ Read More... ♥

My Neighbour Again ;-)

Pagi ni dtg lab.. dah balik utm da.. ye ar.. sbb ade org nak visit our lab ni.. ish2.. terpakse bgn awal2 pagi.. huhu.. past tu.. smp2 lab.. tgk ar mcm ade kebisingan sikit (ala.. sikit je).. past tu... sy pun melintas ar lalu kat my neighbour ni.. dia dok kalih ke belakang. Sy tersenyum snd tgk kertas kecik gmbr novel sy dia tampal kat meja dia. Hehe.. past tu.. sy pun duduk ar kat meja.. Mase tu Nadia ade.. senyum kat dia.. hehe

Tup2.. sy pun pasang ar radio.. nk cari mood tulis thesis (mcm tu ke?).. then.. baru je kemas2 sikit.. minum air.. then.. ade org datang kat meja.. eh.. Neighbour sy ar.. huhu.. (sape2 y tak tau ape tu neighbour.. ni link
sini.. sini.. ) past tu, dia pun letak novel saya kat meja sy ni. Dia kate.. nak minta tandatangan.. wargh... sy nk tergelak je rase.. huhu.. dia kate.. alang2 pengarang da ade so minta ar tandatangan wpn dia tak abis bace lagi.. tp dia da bace sikit.. hehe.. ;-)

Sebenarnya segan sgt nk berckp dgn dia ni.. haha.. tak tau nape.. sbb dia ni mcm budak baik kot.. huhu.. so rase segan ar.. huhu.. ape2 pun.. mmg tak tau ar nk tulis ape kat novel tu.. just tandatangan n tulis thank you je.. huhu.. (da ar tulisan hodoh).. huhu.. (segan nye rase nk bgn dari meja ni)

p/s : by the way.. dia beli kat jusco taman U.. so sape2 y tak dpt kn lagi.. g ar beli ek.. hehe

Curious?? ♥ Read More... ♥

October 19, 2009

Huda's Birthday


SELAMAT HARI JADI HUDA.. KAWAN KU! HUHU.. HUDA Y KU RINDU.. HUDA SI GERHANA (DA LAME TAK PANGGIL HUDA NAME NI).. HUDA.. OO HUDA.. BILE KITA BISA BERTEMU? SELAMAT HARI LAHIR.. SEMOGA PANJANG UMUR DAN DI MURAHKAN REZEKI... HUHUHHUHUH.... (20hb oct)

Curious?? ♥ Read More... ♥

Di Pasaran


Mungkin akan menjelma bibit cinta kedua, ketiga, keempat dan seterusnya..tapi sekali cinta pertama terpatri di dalam hati, selamanya ia akan terus terkunci rapi di sanubari..sehingga hembusan terakhir nanti!

Liyana, seorang gadis ibarat bidadari.. digilai ramai lelaki, tetapi malangnya, hatinya telah di curi sedari dia kecil lagi. Sedang meniti kegembiraan zaman remaja, nalurinya di rejam perasaan rindu.. Rindu terhadap memori dan kenangan lalu.. Rindu terhadap insan yang telah berdekad tidak ketemu. Dia di buru oleh setiap lelaki di sekelilingnya, tetapi dia pula mengejar cinta dongeng zaman kanak-kanaknya. Sering mengharap cinta pertamanya muncul semula, membawa dirinya keluar dan berlari dari belenggu duka..

Angannya mendapat tentangan teman-teman.. Di paksa menerima kehadiran seorang lelaki yang tulus menyintai. Alfi menyintai Liyana lebih dari segalanya. Melakukan pelbagai pengorbanan, menjejaki relung hati Liyana, demi mendapatkan secebis cinta daripadannya. Sedang cinta 'fairy tales' Liyana semakin pudar meniti masa. Mampukah Alfi menawan hati Liyana? Adakah mereka akan mencapai kebahagiaan 'happily ever after'? Dan bagaimana pula jika cinta pertama Liyana muncul semula? Akankah sebuah cinta teguh berdiri walau tsunami merempuhi??

Ingin merasai bagaimana perasaan perit merindu? Perasaan menyinta.. Dapatkan segalanya dari sebuah novel 'Rindu Akan Memanggilmu', karya Nur Haliza, terbitan Fajar Pakeer Sdn. Bhd. Terima Kasih

Sinopsis :

Cinta hadir tanpa sebarang isyarat ke dalam hati. Cinta lahir tanpa sebarang benih yang ditanam dalam naluri. Cinta sejati mempunyai akar yang kukuh, bisa berpaut di sanubari. Begitulah cinta untuk Liyana dan cinta itu adalah cinta pertamanya, membuatkan dia ternanti-nanti cinta pertamanya hadir kembali.

Dia mempertahankan tugu cintanya agar tidak dicemari oleh mana-mana cinta yang menyapa diri. Kemunculan Alfi sedikit sebanyak menggugat keutuhan tugu cintanya itu. Tembok yang memagari hati jadi semakin rapuh. Tiba-tiba Amir muncul. Lelaki misteri itu sering muncul di mana-mana, sehinggakan Amir menjadi perhiasan tidur mimpi-mimpi indah milik Liyana.

Apakah perasaan Liyana? Adakah dia mampu menyingkirkan setiap cinta yang mencuit-cuit tangkai hatinya? Berjayakah Alfi dan Amir merobohkan tembok penghadang yang kukuh melindungi sekeping hati Liyana? Dan, bagaimana pula dengan cinta pertama Liyana?

Curious?? ♥ Read More... ♥

Not Feeling Well

Hari ni.. sakit perut dari subuh lagi.. erm....... mood lari.. semua r.. rase tak ok! Berjaga2 kalau terkena tempiasnya.. huhu.. sorri

Curious?? ♥ Read More... ♥

October 18, 2009

Rindu

Rindu ku padamu tidak terkata,
Di luah tiada suara,
Di pekik tiada bicara,
Mudik ke hulu kembali ke hilir,
Tiada bisikan dapat menggambarkan..

Rindu tiada tarikh luput,
Setiap hari semakin segar dan mekar,
Penawar belum bersua,
Entah bila akan berjumpa..

Rindu mencengkam kalbu..
Rindu hanya padamu..
Kau di hati ku..
Selamanya, aku milikmu!

Curious?? ♥ Read More... ♥

Lagi Hari Y Memenatkan

Erm.. bangun pagi.. mak suruh makan.. huhu.. Past mandi n siap2.. makan dulu.. then terus je g mengajar.. huhu.. Letih ar hari ni.. sbb mengajar lame n gune otak byk (ape bahasa ni.. da tak betol da.. huhu).. Lepas tu.. smp ar petang.. yati da sms sbb lambat sgt g ambik dia.. Past tu ambik yati n syirah bawa balik umah.. g singgah beli brg.. then.. smp umah.. terus je tergelepok tido.. letih!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Past tu malam g anta yati n syirah.. then ambik ain.. past tu kami g drive thru mcd.. huhu.. then balik umah... badan rase letih................. tak tau knp.. rase nk rehat je.. tak dpt nk pikir.. esok da kena balik johor.. adoi.. malas nye!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Curious?? ♥ Read More... ♥

October 17, 2009

Hari ini

Hai semua.. jika ingin maklumat lebih lanjut ttg saya.. mari2.. be my frend at my facebook.. this is my email address kalau nk cari sy.. lieyza_lovely197@yahoo.com ..

Erm.. penat nye.. jadual pack.. tak larat2.. erm.. baru je balik rumah.. tadi g mengajar tuisyen.. ajar anak cikgu sy tu la.. erm.. nasib baik ar otak sy ni masih boleh di pakai utk SPM.. huhu.. jap lagi nk g teman mak sy g jalan2 plak.. malam ni.. ade seorang peminat.. dia nk datang rumah sy.. nk minta tandatangan saya untuk novel sy tu.. dia da beli novel sy.. huhu.. kalau dia dtg.. maksdnya dia ar org pertama y dpt tandatangan dari sy.. wah.. haha..

Mak sy tanya.. sape lelaki y nak dtg malam ni.. Sy pun kate ar.. tak tau keje ape.. dok mane.. huhu.. tp rasenye dia pun sll bukak blog sy ni.. huhu.. tak pernah jumpa pun.. so malam ni pertama kali ar akan jumpa.. tu pun sanggup dia dtg sbb nk minta tandatangan sy.. erm.. menanti2 saat itu... huhhuhuhuhuhu

Curious?? ♥ Read More... ♥

October 16, 2009

Cinta

Rintik-rintik mutiara..
Mengalir membasahi muka..
Alur-alur darah..
Menyaluti luka di jiwa..

Sampai bila? Sampai bila?
Akan sembuh luka..
Sampai bila? Sampai bila?
Akan hilang segala derita..
Rindu yang menyeksa..
Cinta yang sengsara..
Aku cinta dia..
Tapi dia......

Resah dan gelisah..
Menyinta pada yang tidak pernah kisah..

Curious?? ♥ Read More... ♥

Air Zam-zam

Erm... smlm writing thesis smp ar ptg.. sambil2 tu dengar lagu (tak tau kenapa skrg ni asyik nk dgr lagu je).. past tu.. tibe2 tak perasan.. Prof Sheila dtg. Dia tegur.. so bukak earphone.. Dia tgh tuang air. Dia kate ni air zam-zam. Ade student bagi.. so dia tuangkan air zam-zam tu dan bg kat sy.. sy pun ckp terima kasih ar.. huhu.. mase tu terasa rindu dgn air zam-zam ni. Erm.. mase wat umrah dulu.. kat mane2 pun air zam-zam je.. ade org kate.. boleh smp rase jemu ar kn menghadap air zam-zam ni.. huhu.. tp tu ar.. bile da tak de.. rase rindu ar plak.. uhuhuhu..

Air zamzam mempunyai banyak khasiat dan kelebihan seperti sabda Nabi Muhammad SAW bermaksud: “Sebaik-baik air di permukaan bumi adalah air zamzam. Padanya ada makanan yang menyegarkan dan penawar bagi segala penyakit.”

Disebutkan dalam hadis, Jabir bin ‘Abdullah, katanya: “Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: “Air zamzam itu diminum untuk keperluan apa saja.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Rasulullah juga pernah bersabda: “Air zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan atau dikehendaki.” (Hadis riwayat Jabir, lbnu Abbas, lbnu Umar dan Muawiyah)

Jadi minumlah air zam-zam dgn hati dan niat yang suci supaya beroleh keberkatan dan di makbulkan segala hajat di hati.. InsyaAllah......

Curious?? ♥ Read More... ♥

October 15, 2009

Second rayuan

Adoi.. dia dtg lagi.. tanya.. sy confirm ek jadi partner dia mlm ni.. adoi.. mane leh.. tak leh.. sy terus jawab tak leh.. ermmmm.. sori2.. tak leh ar.. huhhuhuhhuhu

Curious?? ♥ Read More... ♥

Request for Host?

huhu.. tibe2 ade sorg ni dtg kat sy.. erm.. curious dgn perangai dia ni tibe2 aneh.. huhu.. dia ckp.. 'Liza, did you want to be my partner tonite' huhu.. partner?????? for what? dia ni pengarah ade ar satu event skrg ni tgh berlangsung kt utm ni.. so mlm ni malam terakhir.. ade mcm program dinner n so on.. then.. dia ajak sy jadi partner dia. Then.. sy kate ar.. ajak ar ismi ke.. sape2 ke.. Dia kate.. kalau bawak laki sbg partner.. nnt org kate dia gay. Wah...........huhuhu.. so sy plak ke nk kena jadi partner dia. Dia ni kena hostkn program tu mlm ni.. sy penah g.. kelmarin pg.. sbb dia jemput sy dtg.. so as frend.. sy dtg ar.. tgk2 dia ni dok kat kerusi khas utk macam tetamu khas.. huhu..

Mlm ni dia kate dia akan jadi host.. n dia tanya sy bleh tak sy jadi host partner dia. Dia kate.. just mcm support dia je.. huhu.. giler ar dia ni.. tak pasal2 plak.. ish2.. nak ke tak? nak ke tak? nak ke tak? huhu.. kalau g.. nnt org ckp sy ni awek dia plak.. haha.. ye ar.. sbb hari tu dia siap suruh sy dok sebelah dia kat tmpt tetamu khas tu.. padahal sy ni bukan sape2 pun dlm event tu.. huhu.. (eh.. dia ade masukkn name sy gak.. sbg ahli y goyang kaki.. dia kate nk bg sy sijil ape2 ar y ade utk event tu.. tp sy relex je dia kate.. tak yah wat keje.. dia uruskn semua.. huhu) .. bertuah badan.. ade org layan mcm ni.. haha.. tp mlm ni tak janji tau... huhu

Curious?? ♥ Read More... ♥

Cerpen Lagi

Hari Yang Ku Nanti.
(Cerpen ni saya buat 4 tahun lepas.. sorry kalau tak berapa menarik)

Aku menatap lembaran kajang putih yang ku terima tengahari tadi berulangkali. Seakan tidak percaya bahawa emak akan berkahwin lagi. Ditambah lagi berkahwin bersama lelaki yang telah emak tolak pinangannya berulangkali. Adakah emak sudah terpaut, atau hanya redha dengan jodohnya. Atau juga emak berbuat begitu kerana aku. Sebab selama ini emak terlalu setia, setia kepada arwah ayah. Ya, emak berkahwin adalah keranaku. Kerana tidak mahu aku bimbang lagi. Tapi, benarkah perkahwinan emak ini akan meluputkan kebimbanganku? Betulkah perkahwinan emak ini akan melupuskan keresahanku... menghilangkan kerinduanku??

Emak ingin berkahwin dengan penghulu kampungku yang sudah lama meminati emak sejak dari muda lagi. Aku ketahui, emak pasti bahagia dengannya sebab penghulu kampungku itu atau Pak Said amat menyintai emak dan sanggup membujang sehingga tua kerana menanti emak seorang. Begitu kukuhnya kasih sayang Pak Said terhadap emak. Tapi, emak.. adakah emak benar-benar menyintai Pak Said. Adakah emak dapat menerima Pak Said, zahir dan batin?

Adakah pengorbanan emak itu berbaloi?

“Emak, kenapa emak tak terima Pak Said tu je emak. Dia tu baik orangnya, lagi pun diakan suka sangat kat emak” tanya ku membuatkan niat emak untuk menjahit terbantut.
“Mawaddah.. nak tahu tak kenapa emak dan arwah ayah dulu letak nama tu dekat Mawaddah?Sebenarnya nama itu lambang kasih sayang dan cinta emak dan arwah ayah terhadap Mawaddah. Hampir 10 tahun usia perkahwinan ayah dan emak dan setelah berbagai ikhtiar kami lakukan barulah muncul Mawaddah dalam hidup kami. Waktu itu, hanya Tuhan tahu betapa gembiranya emak dan ayah akan kelahiran Mawaddah. Jadi demi membuktikan bahawa cinta kami tidak pernah luntur sesama sendiri dan tidak akan pudar menyintai anak pertama kurniaan-NYA, kami memberi nama Nur Alia Mawaddah yang memberi maksud cahaya tinggi cinta. Itu sahajalah yang kami dapat beri sebab tiada apa yang mampu kami berikan kepada Mawaddah selain cinta kami setelah kami meninggalkan dunia ini untuk selamanya” kata-kata emak dahulu masih jelas dimindaku. Ini sahaja sudah membuktikan bahawa emak amat menyintai arwah ayah, sungguh terperanjat aku sebaik sahaja tahu emak menerima lamaran Pak Said yang entah untuk ke berapa kali.

Langit hitam pekat. Awan berarak perlahan, cuba membawa kandungannya yang padat, berat tidak diketahui bila akan dicurahkan ke bumi. Sang bayu pula menjalankan tugasnya, meniup segar. Pohon-pohon nan hijau terlentok-lentok akibat tamparan angin yang kencang. Burung-burung berterbangan pulang ke sarang masing-masing. Irama dan kenyamanan suasana sebegitu amat mendamai dan menenangkan hati.

“Mawaddah!” satu jeritan kedengaran, membantutkan hasrat hati si gadis manis yang sedari tadi mendagu dijendela untuk terus menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan. Aku mula berlari-lari anak menuju ke arah datangnya suara yang memanggilku.

“Ye mak” sahutku berlari-lari anak menuju ke arah suara emak yang memanggilku. Lantai papan yang sudah lanjut usianya berbunyi-bunyi setiap kali berat badanku bertampung di atasnya. Setiba ditangga menuju ke dapur, aku dapat melihat kelibat emakku sedang menghidang sesuatu di atas meja makan usang yang sudah pun melebihi usia ku. Aku merenung ke arah wajah tua emak sayu. Garis-garis kedutan terpatri jelas menakluki wajahnya. Tulang pipinya pula jelas kelihatan dari pipinya yang cengkung. Aku menelan liur.
Kini bebola bundarku terpaku ke arah juntaian putih nipis, kusut. Dadaku mulai sebak. Ditambah lagi apabila dapat dilihat tampalan-tampalan yang penuh pada baju yang hampir tidak kelihatan coraknya. Warna yang dahulunya indah sudah pudar. Dadaku berombak kencang. Kutahan emosiku daripada mengundang gundah. Adakah pernikahan emak dengan Pak Said esok akan merubah segala apa yang mataku ini lihat?

“Mawaddah, Mawaddah suka tak emak kahwin dengan Pak Said?” tanya emak sebaik sahaja aku duduk dihadapannya. Set meja makan yang sudah lapuk menjadi peneman setia.
“Suka” pantas aku menjawab. Aku memang gembira, kerana sekurang-kurangnya dengan ini kebimbangan aku terhadap emak yang tinggal berseorangan di rumah berkurang. Tidaklah aku terasa gelisah dan resah lagi seperti hari-hari ku sebelum ini di Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM.. Nanti, ada orang yang dapat menjaga emak dan menghiburkan emak di rumah. Tidak perlulah aku menangis lagi setiap hari akibat menanggung rindu terhadap emak yang teramat sangat.
“Betul ni?” tambah emak lagi. Lambat-lambat ku menjawab.
“Betul..tapi, emak benar-benar ke ikhlas dengan apa yang emak lakukan ini?” aku membalas soalan kepada emak pula. Rona wajah emak berubah.
“Mawaddah, kadang kala kita perlu berkorban demi orang yang kita cintai” kelihatan mata emak berkaca. Aku sebak, mengerti akan maksud emak. Ah, aku amat menyayangi emak.
“Emak..” airmataku mulai gugur lantas aku terus sahaja memeluk emak erat. Serasa tidak mahu kulepaskan lagi pelukan itu. Aku bahagia di samping emak.

Kenapa..mengapa aku perlu berperasaan sebegini? Bukankah emak sudah bahagia. Segala keperluan emak semuanya sudah terjaga. Semuanya sudah jauh berubah semenjak Pak Said menikahi emak. Emak sudah senang sekarang.. jadi apa yang aku perlu bimbang lagi? Apa yang aku perlu risaukan lagi? Kenapa airmata ini sering sahaja digesa-gesa untuk membasahi pipiku ini. Seperti tidak mahu putus-putus, tidak pernah mengenal erti jemu untuk terus menangis. Aku rindukan emak aku. Aku sendiri tak mengerti kenapa aku asyik terkenangkan rumah aku saja.

Pak Said yang kini ku panggil abah telah membelikan ku telefon bimbit supaya senang aku menghubungi emak. Rumah kami juga sudah diperbaiki dan dibesarkan. Bukan tidak boleh berpindah ke rumah abah, tetapi emak yang berkeras ingin terus tinggal di rumah pusaka arwah ayah. Nampaknya abah melayan kami berdua dengan begitu baik sekali. Aku amat bersyukur dengan apa yang diberi oleh-Nya. Tapi, mengapa aku perlu rasa sedih lagi? Kenapa?
Untuk yang kesekian kalinya, rindu itu mengamit kuat. Aku sudah cuba meneguhkan hatiku agar menjadi lebih kuat, lebih tabah dari semalam. Lebih mantap dari kelmarin dan hari-hari sebelum ini. Tetapi tiba-tiba deria rangsangan dikulit pipi ku menangkap satu alinan. Rupanya air mataku sudah mula berjuntaian lebat. Tanganku pula kian malas untuk mengeka air yang kian membanjir. Seakan sudah jemu, sudah muak melaksanakan tugas sebegitu.

‘Ya,Allah..berkukuhkanlah hatiku. Perkuatkanlah semangatku. Janganlah benarkan kesediahan terus menguasai diri ini, dan janganlah jua mengizinkan air mata ini gugur untuk yang ke sekian kali’ Aku resah dengan diriku sendiri. Terasa benci dengan sikap aku yang semakin buruk kini. Aku sedari, perbuatan itu langsung tidak memberi sebarang kebaikan, malah ia mendatangkan keburukkan kepadaku dan keluargaku. Ini juga akan menyebabkan pelajaranku terabai dan pencapaianku merosot. Entah, aku amat berharap dapat menghabiskan pelajaran dengan segera. Aku ingin sentiasa disamping emak. Apabila aku sudah tamat pelajaran, aku ingin bantu emak di rumah dan mencari pekerjaan yang hampir dengan rumahku. Nanti, pastinya aku akan sentiasa disisi emakku, bersama emakku selalu. Tapi, kenapa aku amat sedih sekali? Apa sebenarnya yang aku mahukan? Apa sebenarnya yang aku nantikan?

Aku terpacak kaku menghadap halaman rumahku. Terasa sedikit aneh, entah bila aku tiba dirumah. Seingatku, tadi aku masih berada di dalam bas dan bas yang ku naiki hampir terbabas di dalam jaung. Tapi, mengapa aku berada di sini? Aku meleret ke arah rumahku yang sejauh 30 meter dari tempatku berdiri. Bibirku menguntum senyuman.
Keanehan yang sedari tadi menguasai fikiranku terus lenyap begitu sahaja. Inilah hari yang aku nanti-nantikan selama ini. Hari dimana aku akan mulai sentiasa berada di sisi emakku. Aku tidak akan menanggung keperitan rindu lagi, tiada kesedihan lagi.. hanya kegembiraan apabila disamping emak. Wajah manis emak bermain di kelopak mataku.


‘Emak.. Mawaddah rindu pada emak. Rindu yang teramat sangat. Dahulu Mawaddah selalu menangis, selalu buat emak bimbang. Tapi emak, sekarang Mawaddah tak akan menangis lagi. Mawaddah akan sentiasa membuatkan emak gembira. Emak tak perlu lagi bersusah payah memikirkan tentang keperluan Mawaddah. Emak, Mawaddah cintakan emak’


Aku mengorak langkah laju. Tak sabar aku ingin berada di dalam pelukan emak. Rindu aku menanti saat-saat sebegini.
Aku tersanduh, tersepak tunggul kayu. Nasib baik aku dapat mengimbangi semula langkahku. Tiba-tiba hatiku dilanda ketakutan. Dadaku berombak kencang. Bebola bundarku menangkap imej orang ramai yang berada di halaman rumahku. Semuanya berwajah muram, sayu. Yang lelaki berkopiah, yang wanita bertudung litup. Jantungku berdebar laju.


“Mawaddah, emak minta maaf ye tak dapat datang hari Konvokesyen Mawaddah. Adik abah, Mak Uju tu, sakit” aku teringat kembali kata-kata emak. Mungkinkah sesuatu telah berlaku terhadap Mak Uju? Oh, Tuhan jauhilah perkara yang tidak diingini daripada berlaku.


Aku semakin gelisah apabila ternampak sekumpulan lelaki sedang sibuk memahat dan bertukang. Aku tahu, mereka sebenarnya sedang sibuk menyiapkan keranda. Kesedihan menguasai diriku. Aku tertunduk, dengan langkah longlai aku terus mendekati rumahku yang sudah dicat baru, mungkin semperna menyambut kepulanganku. Aku memberi salam kepada lelaki berkopiah putih yang sedang duduk disisi tangga, tetapi salamku tidak diendahkan. Aku tidak berkecil hati, lalu terus sahaja memanjat anak tangga masuk ke rumah.
Bau haruman kemenyan mencucuk-cucuk rongga hidungku. Telingaku pula kedengaran bacaan Yasin. Aku kini agak pasti tentang apa yang terjadi, ditambah lagi apabila aku terlihat sekujur tubuh berselimut putih sedang terbaring kaku. Ingin segera kumelihat akan siapa yang berada dipembaringan itu, tetapi aku seolah-olah yakin bahawa itu adalah Mak Uju. Aku mengucap berbanyak-banyak.


‘Tuhan, sesungguhnya kaulah yang merancang segalanya’
Perlahan-lahan aku mengalihkan pandanganku, mencari kelibat emak. Puas ku cari, namun ketakutan saja yang semakin membebankan perasaanku. Aku berusaha menenangkan fikiranku lalu ku bersimpuh di sisi mayat dihadapanku. Baru sahaja aku berhajat untuk menyelak kain yang memutupi wajah si mati niat ku terbantut. Kelihatan emak dipimpin ke arah ku. Kegelisahan beransur hilang. Aku berdiri dan menanti saat emak merangkulku. Aku menghadiahkan senyuman semanis madu kepada emak. Pudar sedikit rasa kesedihan dan ketakutan yang sedari tadi menyaluti perasaanku.


Aku hampir terduduk, terkesima apabila melihat emak langsung tidak mengendahkanku. Malah dia terus berselisih bahu denganku dan duduk tanpa sedikit pun menghiraukan kehadiran satu-satunya anaknya ini. Dahiku berkerut, aneh dengan kelakuan emakku. Aku berpaling melihat ke arah emakku, tetapi kali ini jantungku seakan dipam laju. Mak Uju berada disebelah emak. Mengurut-ngurut belakang emak, cuba menenangkan emak. Ya, Mak Uju bersimpuh disebelah emak. Tidak silap lagi, Mak Uju masih hidup. Tetapi siapa disebalik kain putih itu? Abah..tak mungkin. Baru sahaja ku lihat dia sibuk membantu menyiapkan keranda dibawah tadi. Jadi siapa? Siapa?


Mataku tajam cuba memerhati dengan teliti ke arah kain putih yang sedang diselak oleh emak. Aku terkedu. Mayat itu mirip dengan wajahku. Pucat.
Aku mengosok-gosok mataku berulang kali. Seakan tidak dapat menerima kenyataan yang sedang aku depani. Aku mendekati emak. Kurayu-rayu emak agar menjawab segala persoalan yang tiba-tiba menyerabuti fikiranku. Berat, kusut.


‘Emak.. Mawaddah di sini. Siapa dia itu emak. Mawaddah anak emak ini sudah pulang. Bukankah inilah hari yang kita berdua amat nanti-nantikan. Hari dimana kita akan kekal menemani antara satu sama lain. Emak, jawablah! Mawaddah sangat takut sekarang. Emak!’ Aku menangis teresak-esak disisi emak, tetapi emak seakan tidak menyedari kehadiranku. Aku pilu. Wajah pucat yang terbaring itu kutatap penuh kesedihan. Aku seakan mengerti tentang apa yang sedang terjadi. Mengenai apa yang sedang aku lalui.


‘Aku belum bersedia! Belum bersedia menghadapi semua ini. Bagaimana dengan emak nanti?Siapa yang akan menjaga dan menemani emak jika ini suatu realiti. Aku masih belum sempat memohon kemaafan daripada emak. Masih belum cukup lagi mengucapkan betapa aku berterima kasih kerana dia telah bersusah payah mendidik dan menjagaku. Aku jua masih belum puas lagi menyatakan betapa aku amat bersyukur kerana dia menjadi emakku.. malaikatku. Malah aku jua masih tidak sempat mengucapkan bahawa aku teramat cinta padanya. Emak..emak’


Walau air mata berdarah sekalipun yang mengalir dari celahan rongga mataku, kenyataan yang sedang berlaku ini tidak mungkin dapat diputarkan. Air mata ku deras mengalir, sederas air mata emak yang gugur meratapi pemergianku. Aku sebak. Tidak menyangka perkara sebegitu akan berlaku. Inilah hari yang kunanti-nantikan selama ini.. Hari yang ku tunggu-tunggu. Hari yang amat kuharapkan segera kunjung tiba.. tapi inikah jawapan disebalik penantian, kerinduan dan harapan ku? Adakah ini kesimpulannya. Adakah selama ini, aku amat ternanti-nantikan hari kematianku?

Jika ku pergi dahulu,
Jangan menitiskan airmatamu,
Kerna di sana aku akan jadi kelu,
Melihat air matamu mengalir laju..
Jika aku pergi dahulu,
Dendangkanlah aku dengan bacaan YASIN nan merdu,
Kirimkanlah doa nan meribu,
Di sana pasti ku lena beradu..
Jika kau pergi dahulu sebelum ku,
Ah,takkan aku benarkan itu berlaku,
Sanggup kugadaikan nyawaku,
Tak rela ku meratapi pemergianmu..
Lalu..emak..
Biarkan saja aku yang pergi meninggalkanmu dahulu,
Kerna ku tak sanggup hidup walau sehari tanpa mu di sisiku,
Perpisahan yang terjadi itu,
Bersifat sementara waktu,
Akan aku nanti kau dimuka syurga nan satu..

Curious?? ♥ Read More... ♥

October 14, 2009

SAMAN DI BAYAR

Wah.. saya lupa plak nk cerita ttg apa y berlaku pada saman saya.. huhu.. Erm.. sebenarnya ini adalah pertama kali sy kena saman.. Saman laju. Huhu.. laju sangat ke saya bawa? huhu.. tak de ar.. huhu.. kesalahan.. di kawasan had laju 110km/j (highway).. then.. sy plak time tu bawak 126km/j.. lebih 16km/j ar.. huhu.. time tu plak sy da lupe.. sy g mane o dari mane.. huhu.. tibe2 dtg surat saman..

Bile pertama kali kena saman.. so tak tau ar mcm mane cara n kaedah nye. Ramai kawan2 kate.. tak payah bayar ar saman tu.. Diaorg kena saman smp skrg tak bayar pun.. tp sy ni plak jenis y tak leh ar nk buat2 hutang.. tak tenang.. tak kire ar tu saman ape ke.. ish.. rase tak tenang je kalau tak 'bersih' rekod.. huhu.. so sbb sy ni tak de org nk tolong.. buat snd ar.. huhu.. g tanya kawan kat mane jpj kat johor ni.. huhu.. nk g bayar saman.


Mase first time pegi.. mmg dok terpusing2 ar jalan.. da ar g time tghari.. jalan mmg sesak ar.. past tu.. asyik terlayak jalan je.. sbb tak biase.. dok terpusing2 smp hampir 1 jam. Ada plak sekali tu.. tgh lampu merah sy jalan.. Ish.. giler bahaya.. smua da hon da.. sy plak tak biase jalan tu.. so tak perasan ar plak.. sbb nampak lampu isyarat kat sebelah hijau.. igt da leh jalan.. tp rupenye bukan turn sy.. terus sy pecut.. karang ade plak y xcident.. huhu..

Banyak pengalaman ar sewaktu menguruskan saman ni.. Masa smp JPJ tu.. sy tanya ar org kat situ.. then dia suruh g balai polis... bgtau mcm mane nk g n so on.. Bile g situ.. jumpa dgn sorg pegawai atasan.. nk wat rayuan ar.. mane mampu nk bayar saman rm300.. huhu.. then.. dia kate ok.. tp bile g jumpa org bawahan tu.. prmpn.. dia kate tak leh.. suruh g JPJ plak.. ish.. dok terpusing2 da.. smp ar ade sorg polis trafic ni panggil sy.. 'Cik adik.. cik adik' Sy mase tu ngah HOT FM.. sbb da ar panas.. da berpeluh2.. past tu kejap kate g situ.. kejap g sini.. pening pale da.. so rase nk balik je.. coz wani kate tak yah bayar.. sbb nnt ade diskaun mase hujung tahun.. ermm.. tp polis trafic tu panggil sy.. sy igt dia panggil sape ar tadi.. coz tak pakai cermin mate.. dia dok terlambai2 kat sy.. sy pun pegi ar kat dia.. di situ ar permulaan segalanya.. huhu..

Lame gak kami berbual.. polis traffic y saya tak tau name tu kate nk tolong sy.. huhu.. wah.. bagus2.. huhu.. Mase tu plak sy nk cepat.. dan dia plak kate tunggu dia masuk kerja kat dalam baru leh g jumpa org atasan minta rayuan (sbb patutnya da tak leh).. then.. dia minta no tel sy.. sy pun bg ar..

Past tu.. dia ar tlg sy proses kan semua hal.. smp ar satu hari tu.. dia suruh dtg g bayar saman.. sbb da tlg sy dpt diskaun.. Sy pergi dgn wani time tu.. huhu.. Mase tu.. nak masuk JPJ tu ade sorg polis traffic ni panggil sy.. dia kate.. no kereta awak XXX XXXX ke? sy kate ye.. then dia bg sy satu resit.. sy tak tau apa2.. tp sy tau ar.. tu sy punyer.. past tu sy kate terima kasih.. terus sy dgn wani masuk kat jpj tu.. konon nak bayar ar..

Bile turn sy.. sy pun g ar kaunter.. tunjuk kertas y saya dpt tadi.. tunjuk2.. org tu pulang kat sy balik.. sy hulur kat dia duit.. dia kate.. 'awak nak apa sebenarnya?' sy pun da pelik.. 'nak bayar samanla'.. past tu polis tu terangkan.. dia kate.. saman saya tu dah di bayar.. dah tak de saman lagi.. so wat pe sy nak bayar lagi.. sy da pelik2.. sape la plak y bayarkan saman utk saya ni.. baik nyer hati.. ish2..

Then.. sy pun tel ar polis traffic tu.. y saya masih tak tau name lagi.. tanya dia.. dia kate.. terlupe nk bgtau.. dia dah tolong bayarkan.. tinggal sy ambik resit tu je kat org y past kat sy resit tu tadi.. dia da uruskan semua.. da tolong bayarkn sekali.. ish.. sy da risau2 da.. tak perasan benda y di beri tu adalah resit.. igtkan mcm surat saman dpt rayuan ke ape ke.. tp resit lepas di bayar.. ish.. sy kate. mcm mane ni.. nk bayar kt dia mcm mane.. ish2.. sy pun g ar jumpa org tadi.. sy kate kat dia.. tlg bagi duit kat encik y bayarkan saman ni. Org tu polis traffic gak.. dia kate.. ish.. encik mane plak.. sy kate.. tak tau name.. huhu.. teruk tak?????? huhu.. yer ar.. saya tak tanya pn name dia.. then.. dia kate ar name org tu sape.. ooo...... past tu.. dia kate.. buat ape nk bayar.. g ar balik.. org da tolong bayarkan.. balik je ar.. huhu.. teruk2.. tak sedap hati da.. past tu.. sy nak bagi gak.. dia tak nak ambik.. dia kate.. nnt org lain tgk igt dia ambik rasuah plak.. huhu.. sy ni pun satu ar.. bg duit depan2 umum.. huhu.. tp mcm mane.. tak leh ar kalau tak bayar.. nak jumpa polis traffic tu macam mane??????? adoi.. awat dia pegi bayarkan..

Past tu.. polis traffic y tlg bg kat saya resit tu ckp kat sy.. sy ni untung giler.. boleh dpt saman laju rm150 je.. lepas tu dok geleng2 kepala pandang sy.. dia kate mane ade org dpt mcm tu.. huhu.. adoi.. da rase bersalah da sgt time tu.. huhu.. mcm2 ar dia kate.. then sy pun terus call polis y bayar kan saman sy tu.. sy kate nk pulang duit dia.. so sy pun letak ar kat satu tmpt.. suruh dia dtg ambik..... huhu.. adoi.. tak nak ar terhutang budi.. huhu.. tp ape2 pun.. da selesai da.. semua sbb dia tlg sy.. huhu.. past ni da tak leh bawak laju2 da.. kalau tak.. terbang duit mcm tu je............... :-(

Curious?? ♥ Read More... ♥

My Love Song Now


Curious?? ♥ Read More... ♥

Usah di Tunggu Lagi

Aku terjatuh lagi,
Jatuh hati,
Terhadap seorang insan bernama lelaki..
Jantung ku deras berlari,
Pabila matanya bersatu dengan sepasang mataku ini..
Sungguh aku jatuh hati!
Pada insan yang tidak ku ketahui..

Dia lelaki,
Tanpa nama untuk di kenali,
Aku terdiam memerhati,
Hei lelaki..
Sapalah diri ini,
Hati ku kosong tidak berpenghuni..
Adakah engkau mengerti,
Pandangan mata ini..
Memohon kau menghampiri..
Kerna aku sudah jatuh hati..
Melihat seraut wajah mu yang suci,
Jangan di tunggu lagi..
Aku di sini..
Menanti!

Curious?? ♥ Read More... ♥

Tipu Sunat (Wani Wajib Bace)

Erm...... before g tournament hari tu.. ade ar sorg foreigner ni.. ala.. y dok sibok2 ajak sy g dating tu.. ish2.. so, dia pun dtg ar tmpt sy.. then ajak saya kuar mcm biase.. so sy pun bg ar alasan.. tgh sibuk dgn futsal.. ade tournament nnt..

Dia ni plak.. mcm biase ar.. tak puas hati je kejenye.. dia kate sy nk mengelak ar.. ape ar.. sy kate tak de ar.. tp btol2 busy (konon nak jage hati.. tp mmg mengelak pun.. huhu).. past tu.. Dia kate kat sy.. sy ni asyik busy je.. sbb dari tahun lepas dia ajak sy kuar.. tak pernah pun sy tak busy.. huhu.. so tibe2 Prof Sheila lalu.. dia konon nk mgadu kat Prof Sheila ar.. pasal sy.. dia kate.. sy ni asyik busy dgn futsal je.. then Prof Sheila kate.. tau.. hahhaa.. Prof Sheila mmg tau sy ni kaki futsal.. so tak de masalah ar.. haha.. dia bengang sbb ingat Prof nak marah sy.. huhu.. so dia pun buat deal dgn sy.. ish.. sy terpakse ar terima.. sbb kalau tak nampak ar sy ni mengelak je..

Dia kate.. kalau sy kalah dia nak bawa sy kuar g makan kat mane ntah name tmpt tu.. da lupe.. Time tu sy da cuak2... huhu.. so kalau sy menang je sy belanje dia makan kfc ke.. mcd ke.. huhu.. kire sy boleh ar bungkus bg dia.. tp kalau kalah.. mmg dia akan bawa sy kuar... sy da cuak da.. tp tak tau ar.. yakin akan menang kot.. so sy pun kate ok ar.. then dia nk salam plak dgn sy.. sy kate.. mane boleh lelaki salam dgn perempuan.. mule ar.. dia membebel.. dia kate.. sejak kenal dgn sy ni.. sy ni complicated btol org nyer.. huhu.. adoi..

Smlm.. dia dtg lagi.. tuntut janji.. dia tanya.. menang ke kalah.. sbb dia da doakan supaya sy kalah! Ish.. sy terus ckp.. menang.. wpn.. sy tipu!!!!!!!!!!!!!!!!! TAK MO KUAR DGN DIA.. huhu.. macam mane ni? sy da tipu.. huhuhuuhuu.. adoi.. tak kan ar sy nk kuar dgn dia kot.. mane leh.. ermm.. nnt ar tgh pikir mcm mane cara nyer.. huhu.. wani.. kalo ko bace ni.. ape ko rase? haha.. aku nk ajak ko teman aku ar........ ahahhahhaahah buley ar.. buley ar... huhuhuh

Curious?? ♥ Read More... ♥

Clearing My Draft Box

Sakit hati ini tiada siapa mengerti,
Sesak dada ini tiada siapa peduli,
Aku menanti hari,
Ingin 'kembali'..
Mungkin ini jalan terbaik,
Menutup keperitan ini.....

Maafkan aku,
Tatkala bibirku terpaku..
Maafkan aku,
Tatkala lidah ku kelu..
Xbisa ku halang niat mu,
Jika kau ingin melupakan kisah dulu...

Cinta hadir tanpa sebarang isyarat ke dalam hati..
Cinta lahir tanpa sebarang benih yang di tanam di dalam naluri..
Cinta sejati mempunyai akar yang kukuh agar bisa berpaut di sanubari..
Cinta di bawa sehingga hembusan nafas terakhir nanti..
Setelah cinta menakluki diri..
Segala persoalan sering kali tergantung tanpa sebarang jawapan yang hakiki...

Bila perasaan membeku..
Sayang hilang dari jiwaku..
Cinta bertukar menjadi benci dan dendam di jiwaku..
Kerana hatimu mahfuz!

Curious?? ♥ Read More... ♥

October 13, 2009

Kerana Mu

Aku begini kerana mu..
Tawa ku.. senyum ku..
Semuanya palsu..
Terpaksa ku berpura-pura..
Gembira.. bahagia..
Sedang hati semakin di himpit pilu..
Sepi.. sunyi..
Kesakitan menakluki..
Kerana mu..
Aku begini..
Ke kanan, kerana mu..
Ke kiri, mengikuti mu..
Semua kerana mu..
Hidup ku, nafas ku..
Matlamat menjejaki senyuman mu..
Salahkah aku?
Jika menjadi pelakon yang bisu..
Aku.. diri ku.. adalah keranamu..
Cintaku.. rinduku..
Tidak wujud.. selain kamu..
Hentikan kesakitan yang kau rejam padaku..
Aku ingin terbang..
Terbang di atas semua insan memerhati..

Curious?? ♥ Read More... ♥

October 12, 2009

DI PASARAN!


Mungkin akan menjelma bibit cinta kedua, ketiga, keempat dan seterusnya..tapi sekali cinta pertama terpatri di dalam hati, selamanya ia akan terus terkunci rapi di sanubari..sehingga hembusan terakhir nanti!

Liyana, seorang gadis ibarat bidadari.. digilai ramai lelaki, tetapi malangnya, hatinya telah di curi sedari dia kecil lagi. Sedang meniti kegembiraan zaman remaja, nalurinya di rejam perasaan rindu.. Rindu terhadap memori dan kenangan lalu.. Rindu terhadap insan yang telah berdekad tidak ketemu. Dia di buru oleh setiap lelaki di sekelilingnya, tetapi dia pula mengejar cinta dongeng zaman kanak-kanaknya. Sering mengharap cinta pertamanya muncul semula, membawa dirinya keluar dan berlari dari belenggu duka..

Angannya mendapat tentangan teman-teman.. Di paksa menerima kehadiran seorang lelaki yang tulus menyintai. Alfi menyintai Liyana lebih dari segalanya. Melakukan pelbagai pengorbanan, menjejaki relung hati Liyana, demi mendapatkan secebis cinta daripadannya. Sedang cinta 'fairy tales' Liyana semakin pudar meniti masa. Mampukah Alfi menawan hati Liyana? Adakah mereka akan mencapai kebahagiaan 'happily ever after'? Dan bagaimana pula jika cinta pertama Liyana muncul semula? Akankah sebuah cinta teguh berdiri walau tsunami merempuhi??

Ingin merasai bagaimana perasaan perit merindu? Perasaan menyinta.. Dapatkan segalanya dari sebuah novel 'Rindu Akan Memanggilmu', karya Nur Haliza, terbitan Fajar Pakeer Sdn. Bhd. Terima Kasih

Sinopsis :

Cinta hadir tanpa sebarang isyarat ke dalam hati. Cinta lahir tanpa sebarang benih yang ditanam dalam naluri. Cinta sejati mempunyai akar yang kukuh, bisa berpaut di sanubari. Begitulah cinta untuk Liyana dan cinta itu adalah cinta pertamanya, membuatkan dia ternanti-nanti cinta pertamanya hadir kembali.

Dia mempertahankan tugu cintanya agar tidak dicemari oleh mana-mana cinta yang menyapa diri. Kemunculan Alfi sedikit sebanyak menggugat keutuhan tugu cintanya itu. Tembok yang memagari hati jadi semakin rapuh. Tiba-tiba Amir muncul. Lelaki misteri itu sering muncul di mana-mana, sehinggakan Amir menjadi perhiasan tidur mimpi-mimpi indah milik Liyana.

Apakah perasaan Liyana? Adakah dia mampu menyingkirkan setiap cinta yang mencuit-cuit tangkai hatinya? Berjayakah Alfi dan Amir merobohkan tembok penghadang yang kukuh melindungi sekeping hati Liyana? Dan, bagaimana pula dengan cinta pertama Liyana?

Curious?? ♥ Read More... ♥

erm.. maaf menyepi.. huhu.. beberapa hari ni not available.. ni baru nk warming up semula ni.. huhu.. mcm2 perkara berlaku baru2 ni.. rase down.. rase up.. then down balik.. ish.. cube mencari ketenangan sedikit.. ermm.. minggu ni nak balik rumah.. sbb ade tugas.. nk g ajar anak cikgu sy.. huhu.. ye ar.. cikgu sy betul2 harapkn sy supaye dpt tolong ajar anak dia.. smp sanggup nk bayar duit minyak lagi.. ish.. so sy tak nk hampakan ar permintaan cikgu sy.. ermm.. so skrg ni kena ar study sikit2.. ape y nak di ajar nnt.. huhu.. harap2 dpt ar beri y terbaik.. so mmg akan sehari suntuk ar dok umah cikgu sy.. silap2 mmg tido situ kot.. huhu.. tak tau ar.. ermm...

ni nak rewash my brain dulu.. haha.. tak tau ar.. blur sgt2.. nk kejar balik n setting up balik scedule kehidupn sy ni.. huhu.. semoga boleh kembali ke asal.. tenang.. lancar.. dan..... berjaya!

Curious?? ♥ Read More... ♥

October 7, 2009

Cikgu Tuisyen

Erm...... badan sangat letih dgn kesibukan rutin harian sekarang ni. Erm.. rasanya ability saya dalam bermain futsal merundun. Saya main futsal teruk sangat sekarang. Macam budak yang baru nk belajar main pulak. adoi.. liza..liza.. ape nk jadi ntah.. Rasa macam tak nak main futsal je bila setiap kali sy jadi mcm tu.. huhu.. ish3..

Bila da letih tu.. perlu rehat y banyak.. huuuuu...... so pagi tadi mmg tak perasan ar cikgu saya sms sy. Cikgu sekolah menengah dulu. Erm.. dia tanya saya, sama ada saya balik ke tidak cuti depavali nanti. Erm, dia minta saya tolong ajar anak dia. Erm, mmg dulu waktu PMR pun sy jadi guru tuisyen anak dia. Huhu.. alhamdulillah, anak dia dapat 8A masa tu padahal masa mula2 anak dia fail matapelajaran Math dan lemah dalam Sains. Tu y bila dpt 8A cikgu saya terkejut dan gembira sgt.. huhu.. Alhamdulillah.
Tapi, dalam cuti sekolah tempohari, dia ade minta saya ajar juga.. tp mase tu sy sibuk dgn conference.. tak dpt ajar.. then, cikgu sy senyap je.. tak tau ar.. mungkin merajuk. Huhu.. skrg ni dia sms lagi.. bile sy kate, InsyaAllah dan tak pasti same ada balik atau tak.. dia sms dan minta tolong sgt2 kat sy supaya balik dan ajar anak dia.. Erm.. adoi.. tak tau ar.. Mcm mane ye.. kalau tak tlg, mcm jahat plak.. tp.. boleh ke sy balik ni.. ermmmmmmm

Curious?? ♥ Read More... ♥

Bisik sekeping hati

Andai kau mengerti perasaan ini,
Tak bisa ku tanggung lagi,
Derita menikam sanubari,
Sakit dan perit ku tanggung sendiri,
Engkau di situ tidak pernah memahami,
Erti sebuah sekeping hati,
Yang tulus menyayangi,
Sedang hari menongkah hari,
Musim bersilih ganti,
Aku masih di sakiti,
Mungkin esok yang menanti,
Tiada lagi kau di hati

Curious?? ♥ Read More... ♥

October 6, 2009

My Quizzes

Where will you be 10 years from now?

In your office
10 years from now... you'll be sitting in your comfortable chair busy working on a lot of paperwork! Well atleast your hardwork paid off bigtime! Since your now the boss of your own business! And your name is listed on the world's top 100 richest people! How rich!


How Much Money Will You Have In 10 Years???

10 Thousand
You will have 10 thousand dollors in 10 years!!!


What do your dreams say about you?

You are mysterious in nature
It is difficult to fully understand your inner workings. Your dreams are difficult to describe or decipher, even with the use of a large dream dictionary. Your thoughts, actions, and dreams are open-ended in definition to everybody but yourself.


How well will your life go?

Your life will be average!
Your life will have its ups and downs but you will work your way though them


What Type of Friend are You?

Green
You are very positive! You don't tell lies often. You try to make others happy, whenever you can. Yet, there are points where you don't know how to tell the truth. You might hurt a friend because they might of tried to follow you, but it turns out horrible in the end. So really, loosen up yourself. So learn to tell them the truth sometimes. It might come out that everyone is happy in the end!


All of this quizzes, being calculated to this personality analysis.. huhu.. this is me :

The Entertainer - You throw the best parties in town, can take home the bacon and fry it up in a pan. Your magnetic personality keeps your calendar full of suitors. You are a true people-person and friends flock to your pad for comfort and cheer. What kind of party will you be throwing this weekend?

Mood = Generous

Is it??

Curious?? ♥ Read More... ♥

Busy Sgt

Erm.. belum sempat nk cerita n letak pic masa open house kat rumah wani. Agak busy.. erm.. semalam, ptg training, malam pun training. Hari ni ade kawan ckp ptg nk training, mlm frendly.. tp sy plak kate.. tak boleh kot.. da ar jap lagi ade meeting. Bukan ape.. agak letih ar.. tak boleh ar semua mase bg kat futsal je.. huhu.. smp skrg ni malam2 pun tak dpt nk buat kerje.. sbb rase letih so otak tak dpt bergerak.. huhu.. adoi..

Erm.. ni tadi baru je lepas balik lunch dgn wani.. huhu.. rase ngantok plak.. tp jap lagi ade meeting.. huhu.. tgh berbincang dgn org mimos gune email.. rase lambat sgt plak.. adoi..

Curious?? ♥ Read More... ♥

October 5, 2009

05/10/09


hari ni.. hari special..

haha.. mesti semua tertanya-tanya ape y special nye.. huhu.. 05/10 adalah hari lahir emak sy la.. huhuhu...

Curious?? ♥ Read More... ♥

October 4, 2009

13 Ketul Ayam (New Record)

Hari ni asyik berjalan je.. g open house sane.. open house sini.. Dok lepak2 dgn kawan2.. huhu.. smp ar.. sy makan 13 ketul ayam.. huhu.. tu belum campur nasi.. ntah berapa round sy makan... huhu.. tak tau ar perut ni mcm mane dia boleh muat semua benda2 tu.. hahahahha.. ape2 pun.. esok nk cite pasal wani! huhu.. she's duing perfect! mmg sesuai ar utk kawin tu.. huhu.. skrg ni mau rehat.. nk cari idea.. buntu2..

Curious?? ♥ Read More... ♥

October 2, 2009

Extraordinary

Berjaya ke saya mencapai impian sy untuk menjadi extraordinary?? haha.. belum tahu lagi.. huhu.. by the way.. ade cerita menarik ttg extraordinary ni.. huhu.. ade ar sorg ni kan.. eh.. tak mo rasia.. (rumet ayat).. haha.. dia ckp.. dia kagum tgk sy ni mcm extraordinary.. huhu.. tak tau ar ape y extra tu kn.. sbb dia ni sll gak kaco intai2 tgk sy tgh ber web cam dgn si ayat.. huhu.. sy suke panggil dia penyibuk.. haha.. so mungkin dia tgk muke sy hitam legam ke kat web cam tu y menyebabkan dia kate kagum dgn extraordinary sy tu.. haha..

So, ade ar soalan2 y di tanya.. berapa jam sy tido sehari.. past tu.. umur sy berapa.. huhu.. pelik2 soalan dia kn.. tp sy bakal menurunkn ilmu sy kat sape2 je y nak belajar dari sy.. senang je.. tido 24jam sehari.. wakakakah.. jadi ar extraordinary nnt.. hehhe.. erm.. gurau2 je.. tak de ar.. nnt sy bgtau ek.. hahaha.. past tu plak.. termasuk ar bab cari calon suami.. ayat kate.. nk carikan calon suami tok sy.. huhu.. tp takut sy tak mo plak.. hahha.. dia kate.. dia tak de ar rapat dgn laki2.. sbb dia budak baik.. dia rapat dgn abang dia je.. huhu.. oo.. tp nnt tak kn nak jadi akak ipar ayat plak?? ish2.. tak mo.. nnt seha marah.. haha.. ape kaitan dgn seha????? past tu plak.. ayat suruh nae carikan aku calon.. huhu.. nae2.. ade ke?? calon2 y sesuai?? wakakah... gurau2 je ok.. huhu.. sbrnya tgh habiskn mase ni.. sbb jap g nak g friendly futsal.. letih2.. tadi baru je balik dari training.. ni nk g frendly plak.. haha.. ok ar.. jumpa malam ni.. (tgh drive cari ilham utk next novel and novel dwilogi cinta)

Curious?? ♥ Read More... ♥

Bukan Lagi Rahsia

Erm.. rasanya tak perlu lah sy nak merahsiakan lagi y telah terang dan nyata di ketahui semua.. hahahahaha.. ermm.. ye ar.. nk buat pengakuan ar ni.. huhu.. sebenarnya sy ni da jadi penulis ar.. huhu.. wpn sebenarnya tak ar bgus pun.. baru je nk berjinak2.. erm.. so sape2 y sy kate suruh rahsiakn tu.. huhu.. boleh ar bukak tali ikatan kat mulut tu.. hahahahaha.. ye ar.. ade ar org2 tu kn.. tak sabar nk tlg promotekan novel sy.. huhu.. terharu.. dia suruh sy sabar.. tp dia y tak sabar.. kan huda kan.. sape ek org tu.. ish2.. terharu bangat.. wakakah... erm..

So ni nak inform.. novel sy bakal berada di pasaran tak lama lagi.. akan datang.. sabar menanti ek.. huhu.. skrg ni mula sibuk dengan kehidupan.. huhu.. pagi hingga petang.. kena tumpu pada projek master.. buat thesis.. n so on.. mcm2 ar.. ye ar.. ape2 pun kena dahulu kn pelajaran rite? huhu.. past tu.. ptg.. balik lab g training futsal.. dan kadang2 malam2 ade frendly... huhu.. mmg letih.. past tu.. tgh2 malam.. cari ilham utk write novel ke dua plak.. haha.. dan semalam baru je berkenalan dgn bakal partner sy utk buat dwilogi cinta.. ape dwilogi cinta tu? haha.. tu rasia.. tp sape y tau.. lagi bagus.. haha.. partner sy ni hebat orgnyer.. name dia sape tau.. huhu.. penulis = Yuhanna Aleeya.. dia tulis novel Memori Berkasih (dah ade kat pasaran ok.. so rajin2 ar mencari dan beli!) huhu.. skrg ni kami tgh cari idea utk jadi partner utk tulis novel dwilogi cinta.. huhu.. mmg kesuntukan masa dan idea skrg ni.. ish2..

Ade org kate.. tamak gak sy ni.. semua nk bolot.. nak main futsal.. nak wat projek master.. belajar.. past tu nk tulis novel lagi.. ade mase ke.. huhu.. kena ar sy bahagi2 kn mase sy dgn sebetulnya.. kalau tak.. tak seimbang nnt.. past tu plak.. sy ade tambah lagi satu.. nk asah lagi kebolehan.. nak menambahkan kehandalan dalam bermain gitar.. huhu.. sbb nyer konon2 sy nk jadi EXTRAORDINARY! semua sy nk sy boleh buat.. huhu.. otak kiri.. otak kanan.. mcm2 ar.. huhu.. tamak2.. haha.. ape2 pun semoga diri sy ni berjaya ar dlm ape y sy impikan.. huhu..

So.. teruskn pada tujuan sy.. hehe.. nak minta maaf ar kat sape2 y sy tak bgtau.. ni sy da bagitau ar ni.. huhu.. bukan ape.. novel tu tak kuar lagi.. tu y tak nk bgtau awal2.. tp ade ar plak mulut2 y mcm tak puas hati kn.. so ni nak minta maaf.. n sbb da mcm bukan rasia lagi.. so sy bgtau ar.. novel sy tajuk nya 'Rindu Akan Memanggilmu' terbitan Fajar Pakeer bakal berada di pasaran.. so.. rajin2 ar tolong promote kat kawan2 ek.. sape y bace ni.. jgn lupe MESTI kena beli tau! huhu.. okay ar.. bukan lagi rahsia.. huhuhuhhu

Curious?? ♥ Read More... ♥

Crazy?

huhuhuhu.. tgh2 nk kemas barang.. coz tak de mood.. tibe2 ade sorg foreigner ni dtg kat sy.. dia kate 'Hei Crazy' ish2.. then dia kate 'Wat's up' .. huhu.. then sy balas ar.. 'yeah..crazy' huhu.. then.. bual2 jap.. dia tanya.. ape y sy buat hari ni... sy kate jap lagi sy nk g main futsal.. past tu dia tanya.. tau tak danga bay? nak tak dinner dgn sy kat danga bay mlm ni.. huhuuhu.. sy pun menolak secara baik ar.. sy kate.. sorry.. sy ade frendly futsal mlm ni.. huhuuhuhu.. past tu sy tak nk ar nmpk sy ni mcm bagi alasan semata.. so sy prove kn ar.. sy kate nex week sy ade tournament.. kat ukm.. so sy pun suruh ar dia wish sy luck.. dia kate. 'Oh.. sure.. you can make it.. you r crazy rite.. so you will' ish2.. ape ar.. lawak2..

So teringat ar kat kak azizah n anis.. tadi tengahhari makan kat umah wani.. wani masak tau.. huhu.. best2.. da ar penat2 balik dari nk g bayar saman.. tp tak bayar2 gak.. huhu.. sape nk tolong ni?? huhu.. then.. kak azizah tanya.. sy g lab ke pagi tadi.. sy kate tak.. n tanya knp.. dia kate tak de ape2.. sy kate ar.. ade nampak byg2 sy ke.. dia kate tak.. tak de dgr suare buat bising tu tak de ar.. hahaha.. anis pun sama.. kate mcm tu.. hahah.. sbb sy je y suke wat bising kat makmal ni.. kalau makmal ni aman.. senyap.. maksdnya sy tak de ar tu.. wakakakah.. tu ar.. kak azizah kate.. kalau tak.. tibe2 je sy sergah diaorg.. huhu.. ari ni tak de.. so tak dtg ar tu.. hahahhaha

Curious?? ♥ Read More... ♥

hnuhuuhuhuhu

Tadi g training futsal.. tp rase mcm tak de feel je.. main pun hancur.. teammates suruh curahkn ilmu2 futsal kat diaorg.. tp sy pun tak tau nk share ape.. huhu..

Then sis call nk g umah beraya.. dia da nk terus pg.. suruh sy call housemate bukak pintu... huhu.. anis ckp giler ar ko ni liza.. huhu.. tu ar pasal.. hahah.. balik2 layan ar sis.. huhu.. kelakar plak.. ni ar tetamu pertama sy utk hari raya kali ni.. hahahah

Cube mencari mood semula.......

Curious?? ♥ Read More... ♥

October 1, 2009

Bantu Aku


Sering kali aku ragu,
Sering kali aku cemburu,
Sering kali aku rindu,
Sering kali aku celaru,
Tentang kamu..
Buat aku sering buntu!
Ada apa dengan kamu?
Sehingga aku sering rindu..
Ada apa dengan kamu?
Sehingga aku sering cemburu..
Bantu aku, huraikan kekusutan ku..
Sayangi aku, kerna ku dambakan kamu..
Walaupun perit,
Tidak akan ku lepaskan mu!

Curious?? ♥ Read More... ♥

Futsal

Semalam ade training futsal petang.. past tu malam plak ade frendly.. huish.. jenuh.. tibe2 rase letih sgt.. haha.. wpn ptg tu dtg tgk je.. sbb tak de mood.. haha.. so pagi2 tadi bgn kaki lenguh.. da sekian lame tak penah lenguh mcm ni.. da ar tadi konon2 nk g bayar saman.. dok pusing2 drive dekat sejam ar gak.. ish2.. smp kat tmpt nk bayar saman tu.. dia kate sistem down.. tak leh bayar saman hari ni.. adoi.. berangin je rase.. so terpakse ar dtg lagi esok.. ish2..
Mlm ni ade training futsal lagi.. permintaan dari someone.. huish.. past tu plak ahad ni ade tournament futsal.. sis ajak join.. huhu.. harap2 tak injured ar.. coz nex week nk g grand final kosmo futsal.. huhuhuhuhu..

Curious?? ♥ Read More... ♥